Friday 19 October 2018

[Video Umno Hakikatnya Tidak Mati?] TAK MATI? Kami ada Pemuda BANGKIT! Bangkit sebagai hantu JEMBALANG Foo Kanan Foo Kiri...Datin (isteri Zahid), kamu tak usahlah buang masa nak JELAJAH KE SELURUH NEGARA & Kes ini adalah titik pengakiran bagi karier politik Presiden Umno.

Sabtu, 20 Oktober 2018

TAK USAHLAH ISTERI ZAHID BUANG MASA NAK JELAJAH KE SELURUH NEGARA...

Presiden Umno ketika ini menghadapi 45 pertuduhan pecah amanah, menerima rasuah dan penggubahan wang haram
Secara detail, kes pecah amanahnya adalah melibatkan RM20.8 juta, kes menerima rasuah melibatkan RM21.25 juta dan kes penggubahan wang haram melibatkan lebih RM72 juta.

Secara keseluruhan pula, ketiga-tiga kes itu melibatkan jumlah wang lebih RM114 juta.

Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah keatas semua 45 pertuduhan tersebut dan mohon untuk dibicarakan. Beliau dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta.

Meskipun demikian, kepada rakyat biasa, orang kampung dan manusia kebanyakan, pertuduhan terhadap Zahid Hamidi ini adalah kes yang mudah atau dianggap "straightforward" sifatnya.

Oleh itu, adalah amat membuang masa dan sia-sia jika isteri Zahid Hamidi, Hamidah Khamis mahu menjelajah ke seluruh negara memberi penerangan kepada rakyat berhubung kes yang sedang dihadapi oleh suaminya.

Ia terlalu sukar untuk mendapat sambutan dan jika ada 50 yang hadir dalam progam jelajah itu, ia sudah boleh dianggap cukup baik.

Lagi pun, Zahid Hamidi bukan seperti Anwar Ibrahim dan Kak Midah sendiri terlalu jauh jika mahu dibandingkan dengan Dr. Wan Azizah Wan Azizah. Anak mereka, Nurul Hidayah juga tidak sama dengan Nurul Izzah.

Lebih baik mereka semua berehat saja di rumah dan tumpukan perhatian untuk menghadapi kes tersebut di mahkamah dan kemudian bersiap sedia dengan kemungkinan hukuman yang bakal dijatuhkan.

Kes ini adalah titik pengakiran bagi karier politik Zahid Hamidi. (ShahbudinHusin 19/10/2018).

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena