Friday 19 October 2018

[Video Zahid BERCUTILAH] Peguam: MT Umno boleh gantung Presiden Umno! Pemuda Umno sudah tunjuk taring? Agak2 dia menyalak bukit runtuh ke tak?

Jumaat, 19 Oktober 2018
Foto Otai BERSIH.
Pemuda UMNO sudah tunjuk taring...Tahap SPM Hons. Ini baru Harimau Malaya.. Agak2 dia menyalak bukit runtuh ke tak?

Peguam: MT Umno boleh gantung Zahid

Peguam dan anggota Umno Adnan Seman berpendapat Majlis Tertinggi (MT) parti itu mempunyai kuasa untuk menggantung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada jawatan presiden.
Dalam suatu kenyataan hari ini, Adnan yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak berkata MT selaku badan eksekutif parti pada 29 Mei 2009 telah memutuskan sebarang anggota Umno yang dikenakan pertuduhan di mahkamah akan digantung daripada tugas-tugas parti sehinggalah kesnya diselesaikan.
Beliau berkata hal ini cadangan jawatankuasa pengurusan parti di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang melaksanakannya.
Adnan berkata Umno pada 16 April 2009 menetapkan duluan (precedent) dengan menggunakan Fasal 10.10 perlembagaan parti itu untuk menggugurkan Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada jawatan ahli majlis tertinggi.
"Maka Majlis Tertinggi Umno sememangnya mempunyai kuasa penuh bagi menentukan samada jawatan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh digugurkan dan beliau perlu bercuti sehingga kes pendakwaan beliau di Mahkamah selesai atau sebaliknya," kata Adnan yang juga calon BN bagi parlimen Bandar Tun Razak.
Pertikai kenyataan timbalan presiden Umno
Adnan berkata beliau mengeluarkan kenyataan selepas kritikan terhadap Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan Zahid mungkin perlu bercuti sementara menunggu keputusan perbicaraan.
"Ada beberapa pihak yang mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkaitan kewujudan Prosedur Operasi Standard (SOP) Umno yang menetapkan bahawa jika terdapat ahli yang berjawatan tinggi didakwa di mahkamah, mereka perlu mengambil cuti sebagaimana yang dilaporkan media..
"... pemimpin atau mana-mana ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik akan digantung semua jawatannya di dalam parti dan sekiranya dia berjaya di dalam proses mahkamah, dia akan mendapat kembali jawatannya," kata Adnan.
Zahid dikenakan 45 pertuduhan rasuah, jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah hari ini dan beliau memohon dibicarakan.
Mohamad pula menjelaskan keputusan MT Umno yang berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 2009 ditetapkan untuk melindungi imej parti.
Beliau berkata kes Zahid perlu dibincangkan pada peringkat jawatankuasa pengurusan Umno sebelum dibawa kepada majlis tertinggi parti.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena