Saturday 12 January 2019

[Video Calon BN Lari Dari Media? Tak kan TAKUT kot?] PRK PO78 Cameron Highlands, nak pilih UmnoBN jugak ke? DANA, GERAN DAN PELABURAN berbilion2 habis terlungkop era BN.

Sabtu, 12 Januari 2019
「Foto Penamaan calon PO78 Cameron Highlands」的圖片搜尋結果
「Foto Penamaan calon PO78 Cameron Highlands」的圖片搜尋結果
DANA, GERAN DAN PELABURAN DARIPADA AGENSI KERAJAAN YANG BERJUMLAH RATUSAN JUTA DI LUPUTKAN BEGITU SAHAJA. DANA AWAM DISALAH GUNA UNTUK MENGKAYAKAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT. TIADA PULANGAN TAPI BAWA KERUGIAN KEPADA KERAJAAN.
Seperti yang kita maklum, negara kita menghadapi masalah penyelewangan dan rasuah yang sangat berleluasa dan kritikal. Masalah ini telah mendorong rakyat membuat perubahan yang besar dengan menukar kerajaan Barisan Nasional kepada kerajaan Pakatan Harapan. ‘Political Will’ rakyat ini adalah sangat wajar tidak dipersiakan oleh stakeholders dan administrator.

Beberapa tahun kebelakangan ini, semua pihak bercakap mengenai salah guna kuasa, salah urus tadbir, ketirisan dan penyelewengan didalam isu 1MDB. Saya juga tidak berminat untuk memanjangkan dan bercakap mengenai hal yang sama lagi kerana perkara ini dalam siasatan dan pendakwaan kerajaan.

Namun saya ingin menarik perhatian, sesungguhnya masih banyak agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang juga terlibat dalam salah urus dana yang besar. Dipercayai berlaku kepincangan didalam pentadbiran agensi seperti Malaysia Venture Capital Management Berhad atau dikenali sebagai (MAVCAP) yang merupakan anak syarikat pelaburan MOF. Agensi berikutnya yang dikhuatiri menyalahguna dana dan pelaburan iaitu agensi dibawah Jabatan Perdana Menteri yang dikenali sebagai Agensi Inovasi Malaysia (AIM)

Dana dan pelaburan tersebut adalah bertujuan untuk menjalankan penyelidikan, pembangunan perniagaan, penambahan modal, suntikan ekuiti sesebuah syarikat. Samada penyaluran dana-dana ini betul-betul memberi faedah kepada syarikat ataupun hanya individu-individu tertentu. Ini perlukan kepada penyiasatan dan perincian oleh kerajaan sepenuhnya.
Majoriti dana dan geran-geran ini dipercayai telah diberi kepada syarikat-syarikat untuk membangunkan sesuatu produk namun ianya tidak dijalankan secara telus dan akibatnya dana yang telah diberikan dihabiskan begitu sahaja tanpa sebarang pencapaian. Kebanyakan dana dan geran sebegini diberi status ‘write-off’. Majoriti inilah kes yang berlaku didalam pasaran dan pentadbiran yang lalu.
Saya ingin mendesak pihak kerajaan untuk meneliti, menilai dan memantau dalam pemberian dan penyaluran geran-geran penyelidikan & pembangunan. Malah, agensi agensi pelaburan kerajaan perlu menarik diri daripada terus melibatkan diri daripada syarikat-syarikat yang menjadi liabiiliti atau menipu.
Harapan saya, semoga kerajaan sentiasa komited didalam usaha bagi memperbetulkan segala kesalahan atau salah laku yang dilakukan oleh pentadbiran lalu dengan memberi peringatan kepada pengurusan/pentadbiran yang ada sekarang ini untuk menjalankan tanggungjawab dengan penuh beramanah dan berintergriti.
Mahathir Mohd Rais
Exco Armada Nasional
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
9 Januari 2019

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena