Friday 18 January 2019

[Video Orang Asli Kampung Tarisu minta tidak lagi dianaktirikan] Gua Musang Orang Asli meet with Dr Mahathir & PH komited lindungi hak Orang Asli.

Sabtu, 19 Januari 2019

Gua Musang Orang Asli meet with Dr Mahathir

「Gambar PH bersama orang asli」的圖片搜尋結果
Lim Kit Siang mahu Orang Asli bersama kerajaan baharu PH


「Gambar PH bersama orang asli」的圖片搜尋結果

PH komited lindungi hak Orang Asli

Tindakan undang-undang yang difailkan oleh pejabat Peguam Negara bagi pihak masyarakat Orang Asli Temiar terhadap kerajaan negeri Kelantan menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited melindungi hak masyarakat Orang asli di negara ini secara sah di sisi undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy berkata, Kerajaan Persekutuan sangat prihatin terhadap penafian hak Orang Asli untuk menentukan masa depan sendiri selaras dengan peruntukan undang-undang persekutuan dan undang-undang negeri yang melindungi hak mereka tetapi telah dilanggar oleh kerajaan negeri Kelantan.
"Masyarakat Orang Asli Temiar di Gua Musang berhak mendapat semua perlindungan yang sepatutnya daripada kerajaan persekutuan," katanya dalam satu kenyataan.
"Meskipun terdapat banyak undang-undang di peringkat persekutuan, Kenyataan Dasar Mengenai Pentadbiran Orang Asli Semenanjung Malaysia 1961 selain kewajiban terhadap mereka dalam perjanjian internasional tetapi prinsip penentuan nasib sendiri yang menjadi aspirasi masyarakat Orang Asli telah diabaikan secara berterusan (oleh kerajaan negeri Kelantan), " kata Waytha Moorthy.
Beliau juga menyatakan bahawa banyak kes pencerobohan tanah masyarakat Pribumi berlaku tanpa persetujuan awal mereka yang melanggar cara hidup dan menafikan hak mereka untuk mempunyai identiti dan martabat sendiri sebagai rakyat.
Semalam, Jabatan Peguam Negara telah memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu bagi pihak Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan pengiktirafan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang.
Kenyataan itu yang memetik Peguam Negara Tommy Thomas juga berkata bahawa Jabatan Peguam Negara turut memfailkan injunksi bagi menghalang pencerobohan dan pemusnahan tanah adat demi keuntungan komersial pihak swasta.
Thomas berkata kerajaan negeri Kelantan dan agensinya baru-baru ini telah mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta yang kemudian menggunakan jentera berat untuk menebang dan membawa keluar kayu balak dari kawasan hutan luas yang ditebang untuk penanaman pokok durian dan getah tanpa berunding dengan Orang Asli Temiar sebelum meluluskan lesen pembalakan atau menawarkan apa-apa pampasan kepada mereka, menyebabkan hakisan, pencemaran dan kemusnahan sistem ekologi dan landskap Pos Simpor.
-- Bernama
mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena