Friday 3 May 2019

'Dasar kerja waktu malam' Luar negara kerja waktu malam biasa saja..Tun bercakap berlapik [Video Mesin Padi DRIFT Time Malam]

Sabtu, 4 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Otai BERSIH
Kerajaan bercadang melaksanakan dasar kerja waktu malam bagi menarik lebih ramai rakyat tempatan memilih pekerjaan 3D (Dangerous Dirty, Difficult) yang kurang dapat sambutan.
Kerajaan akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat supaya lebih berdikari dan hasrat 'shared prosperity' dilaksanakan untuk semua kaum.
Gaji yg diterima daripada pekerjaan adalah lebih mulia daripada dapat wang percuma daripada sumber yang tidak diketahui
Tun Dr Mahathir
KiniTV
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub percaya bahawa kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengenai cadangan menukar waktu bekerja bagi sektor tertentu kepada waktu malam sebagai satu kiasan. Salahuddin berkata kenyataan itu tidak sewajarnya ditafsirkan secara tersurat (literal). “Saya rasa Tun bercakap tu dalam banyak lapik bahasa supaya kita ni lebih inovatif sebenarnya. “Kita (kerajaan) lebih memikirkan cara-cara yang terbaik untuk kita (rakyat Malaysia) maju ke hadapan. “Saya tidak membaca itu hanya secara literal (bekerja) pada ‘waktu malam’ tetapi saya membaca itu bagaimana kita harus melihat masa depan dengan idea yang lebih inovatif dan bagaimana kita harus menggunakan setiap ruang untuk maju ke hadapan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat bilateral kementerian di kementeriannya di Putrajaya hari ini. Salahuddin diminta mengulas 'cadangan' Mahathir semalam agar pekerjaan tertentu, yang memerlukan kerja di bawah panas terik ditukar ke waktu malam. Baca: Sekarang boleh tanam padi waktu malam, sindir Dr M Bagaimanapun, kenyataan itu dipercayai merupakan sindiran Mahathir terhadap sikap sesetengah rakyat Malaysia yang dilihat gemar memilih pekerjaan sehingga negara terpaksa bergantung kepada pekerja asing.

Tak masuk akal hang kata no..

Mai tengok ne..Mesin Padi DRIFT Time Malam

Luar negara tanam padi kerja waktu malam biasa saja... 
Otai BERSIH

Luar negara kerja waktu malam biasa saja... Malah ada yang tanam padi waktu malam..duit dapat hasil padi dan pelancongan.. Malaysia mungkin susah lagi nak buat macam ni tapi tak mustahil.
Lokasi : Jawa Tengah, Indonesia.
Tujuan : Cuaca terlalu panas, punca pensawah tanam padi waktu malam.
Benda neh dah diamalkan kat negara jiran, memang tak pelik.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

Mcm aku plak. Kalau panas sgt, aku tak buat kerja. Lepak kedai mamak. Layan hp, layan borak, sampai lepas asar, dah redup skit. Terus siap kan kerja sampa maghrib. tgk la, kalau lambat , sampa 8 9 mlm la. Kalau tak dan nak siap. Esok pepagi aku dah start keje. Sekarang panas memang lain mcm. Tapi pasal aku kerja sendiri. Masa tu tak kisah sgt la.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena