Monday 6 May 2019

Bila masa PERANGI RASUAH itu mengancam Islam? PH tak perlu jadi ‘kerajaan malaikat’, tetapi jangan jadi ‘kerajaan syaitan’ [Video ANWAR SAHKAN TMJ CAMPURI URUSAN PENTADBIRAN KERAJAAN]

Isnin, 6 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum
PH tak perlu jadi ‘kerajaan malaikat’, tetapi jangan jadi ‘kerajaan syaitan’
Negara kita pernah mencipta sejarah apabila berada bawah pemerintahan "kleptokrat" sehinggalah Allah mencabut nyawa Umno/BN dari terus menjadi kerajaan dan memberikan peluang kepada PH untuk menerajui negara.
Tiada siapa berani meramalkan bahawa hayat Umno/BN di Putrajaya akan berakhir pada 09 Mei 2018, kecuali suara dari INVOKE yang berulang kali menyatakan kerajaan baru akan terbentuk selepas PRU14.
Dan suara ini sering menjadi bahan jenaka bukan sahaja oleh Umno/BN malahan dari kalangan kita sendiri. Kita mampu merancang, Allah jua adalah sebaik perancangan dan Alhamdulillah, umur kerajaan kleptokrat direntap tanpa belas kasihan.
Sejurus kemenangan PH melakar sejarah negara, rakyat begitu teruja untuk berada di bawah kerajaan baru yang menyajikan manifesto berlandaskan prinsip keadilan dan reformasi. Apabila PH membuka kunci Putrajaya, di luar jangkaan sama sekali betapa terlalu banyak kerosakan telah berlaku tanpa diketahui umum.
PH menjangkakan paling tinggi hutang yang akan diwarisi dari kerajaan lama hanya sekitar RM600 bilion ke RM700 bilion sahaja dan PH telahpun bersedia untuk menangani hutang-hutang berkenaan di samping komitmen untuk melaksanakan janji-janji manifesto.
Rupa-rupanya keburukan kerajaan kleptokrasi yang sering PH perkatakan sebelum ini lebih dahsyat dari yang dijangkakan. Masuk sahaja di bangunan Putarajaya, kerajaan PH terperanjat besar apabila menyaksikan bahawa sebenarnya kerajaan turut menanggung bebanan selain dari hutang-hutang yang diistiharkan secara rasmi.
Kerajaan sebenarnya turut menanggung hutang pinjaman dari syarikat 1MDB. Kerajaan adalah penjamin kepada syarikat yang penuh misteri tersebut. Tanggungan hutang ini tidak pernah diumumkan kepada rakyat sehingga sampai ke hari ini masih ramai tidak percaya bahawa tanggungan hutang kerajaan sewaktu PH mengambil alih kuasa adalah melebihi RM1 trilion.
Saya suka ibaratkan seperti kisah kita yang mahu menyewa sebuah rumah. Di lihat dari luaran, rumah itu memang agak usang namun kita merasa yakin bahawa kita boleh memperbaikinya. Kita pun berjanji dengan isteri dan anak-anak sekiranya kita berpindah ke rumah tersebut, kita akan baikinya dan rumah itu akan kita penuhi dengan perabut-perabut yang cantik. Sudah tentu isteri dan anak-anak akan merasa teruja untuk berpindah.
Apabila kita memasuki rumah tersebut, ia amat memeranjatkan kita kerana kerosakan yang kita jangkakan selama ini bukan sahaja di luar rumah, malahan di dalam rumah begitu daif dan buruk sekali. Bukan sahaja atap yang bocor, pintu pagar yang rosak, tetapi di dalam rumah pintu bilik semua terkopak, siling pecah, tangki air bocor, tandas tersumbat, singki di dapor juga pecah bahkan pendawaian letrik juga terputus di sana sini.
Apakah keutamaan kita waktu itu? Apakah kita akan terus membeli perabot yang mahal-mahal sebagaimana yang kita janjikan kepada keluarga kita, atau kita tangguhkan dahulu untuk kita memperbaiki semua kerosakan yang berlaku di dalam rumah? Apabila kita mengambil keputusan untuk memperbaiki semua kerosakan itu terlebih dahulu kerana ianya amat penting demi keselamatan keluarga kita, apakah wajar isteri dan anak-anak kita menuduh kita memungkiri janji untuk membeli perabut-perabut di dalam rumah?
Menangguhkan janji kerana terdapat sebab musabab yang tidak dapat dielakkan berbeza sama sekali dengan memungkiri janji. Namun, masih terdapat suara-suara yang menuduh kerajaan PH memungkiri janji-anji mereka. Apakah tempuh setahun dua untuk memulihkan negara yang rosak ini adil untuk kita adili tentang prestasinya?
Tidak semua manifesto PH ditangguhkan. Banyak juga yang telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan akan dilaksanakan. Malangnya, kita sedikit lemah di dalam menyalurkan maklumat tentang pencapaian kita. Rata-rata masyarakat di luar sana tidak tahu apa yang telah kita lakukan dan sedang kita lakukan. Maka, tidak pelik jika mereka menyatakan apa kelebihan PH berbanding Umno/BN selain dari mengheret Najib, Rosmah, Zahid Hamidi, Azeez Tabung Haji, Isa Samad, dan beberapa orang pemimpin Umno itu ke mahkamah?
Kita kena terima hakikat bahawa kita masih lemah menggunakan media arus perdana untuk menyalurkan maklumat yang tepat dan seluas mungkin. Jika di era Umno/BN, mereka bukan sahaja ada TV3, RTM, Radio semata-mata, tetapi mereka punyai media cetak akhbar harian seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang bukan sahaja dijual setiap hari di merata-rata tempat, tetapi sehingga dilanggan oleh pejabat-pejabat kerajaan.
Kerajaan PH ada media cetak seperti ini? Akhbar parti pun tidak berkembang bahkan dikatakan seperti terpinggir selepas kita menjadi kerajaan. Suara Keadilan contohnya, adakah jualannya semakin meningkat atau menurun sekarang? Apakah kita fikir tidak perlu lagi akhbar parti kerana kita telah menjadi kerajaan? Bayangkan, sekiranya PH tiada akhbar harian, media elektronik seperti TV dan radio juga tidak berfungsi dengan baik, dalam masa yang sama akhbar Utusan dan Berita Harian masih dilanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan masih terjual di merata-rata kedai, apakah kita boleh kekal sebagai kerajaan selepas PRU15?
Percayalah, jika ditakdirkan kita tumbang (na'uzubillah) dalam PRU15 akan datang, ia bukan kerana kita tidak lebih baik dari Umno/BN tetapi kerana kita tidak tahu gunakan kuasa yang kita miliki. Kita telah bekerja kuat dan sanggup berkorban berpuluh tahun untuk mendapatkan kuasa, tetapi apabila diberi peluang berkuasa kita tidak tahu menggunakannya.
Gunakan kuasa yang dipinjamkan kepada kita ini sebaik mungkin. Kita tidak perlu untuk menjadi ‘kerajaan malaikat’, tetapi kita jangan menjadi ‘kerajaan syaitan’.
Gunakan kuasa yang ada ini untuk kepentingan rakyat dan dengan kuasa itu juga kita perlu bertindak tegas kepada mana-mana pihak atau individu di dalam kerajaan yang cuba untuk mensabotaj usaha baik yang kita rancang. Mereka boleh berbeza pendirian politik dengan kita, tetapi sebagai kakitangan kerajaan mereka tidak boleh mensabotaj usaha dan dasar-dasar kerajaan. Kita tidak boleh singkirkan mereka hanya kerana mereka tidak menyokong PH, tetapi kita wajib singkirkan mereka sekiranya mereka tidak patuh kepada dasar-dasar kerajaan PH.
Cukuplah setahun kita memberi peluang kepada mereka untuk memahami dasar-dasar kerajaan dan reformasi yang mahu kita tegakkan. Kini tiba masanya kerajaan perlu bertindak tegas kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat yang memberikan mandat kepada kita. Jangan kerana seekor dua nyamuk di dalam kelambu, kita tidak boleh lena tidur sampai ke pagi.
Sebarkan..

2 comments:

nick said...

Dulu masa Sultan2 melayu dan umat melayu dijajah dan diperintah oleh Inggeris yang beragama kristian, takde pulak dok dengar kononnya Islam terancam dan tergugat disebabkan kita dibwah perintah Baginda Queen? Sultan2 pun elok je masih lagi jadi ketua agama. Tapi la ni bila kerajaan PH ambil alih, tetiba lak macai2 serta melayu2 kaki rasuah dok melalak kononnya Islam sedang digugat! Malah agamawan2 penunggang agama pun dok join sama untuk dapat sedikit habuan dunia, iyalah puak2 penunggang agama ni mana ada skill dan kemahiran keduniaan yang boleh mereka gunakan untuk cari rezeki halal maka untuk dapat isteri cantik, keta besar, rumah agam, terpaksalah jual dan tunggang agama untuk dapat benda tu semua! Islam tergugat? Tang mana yang tergugat? Jawatan2 mufti dah dimansuhkan? kat Pulau Pinang mufti dah takde?

Kat Melaka yang tiada Sultan, Islam masih lagi jadi agama orang melayu! Masjid makin banyak dibina, lulusan agama dalam dan luar negara semakin bertambah walaupun tak tahu mana nak sumbatkan mereka! Perlembagaan yang menjulang Sultan dan Islam sebagai tunggak negara masih tak terpinda atau di rombak. Islam digugat?

kalau islam tergugat bila ramai orang melayu yang tak malu untuk makan dan buat rasuah, ya betul! Kalau islam tergugat bila ramai melayu yang tak malu jadi penyamun dan sokong penyamun, ya betul! Islam tergugat bila kemungkaran dan jenayah menyebabkan pesalah yang berbangsa melayu di panggil boss bukannya di tolak, ya betul! Islam tergugat bila agamawan2 dok jual agama untuk dapat kebendaan sambil dok berbohong dan menipu untuk dapat pengaruh dan sokongan politik, ya betul!

Satu perkara tentang melayu ni adalah suka ikut emosi dan tak berapa nak guna akal atau berfikir. Itulah sebabbya melayu ni sinonim dengan amuk, jenis emosi melulu dan buat sesuatu tanpa berfikir. Perkataan "amuk" itu sendiri adalah sumbangan orang melayu kepada kamus perbendaharaan kata seluruh dunia. Amuk itu adalah tindakan melulu penuh emosi tanpa berfikir dan tanpa bersabar, dan itulah salah satu sifat melayu yang amat terkenal seantero dunia dan sehingga kini pun melayu masih lagi kaki emosi dan kaki buat kerja tanpa berfikir. Melayu masih lagi kurang akal dan lebih gilanya.

Adakah umat melayu masih lagi mahu perkataan amuk itu menjadi sinonim dengan bangsa kita? Melihatkan tindakan kurang akal parti2 melayu dan parti2 agama kat Mesia ni, aku rasa kita memang layak dilihat sebagai bangsa "amuk", otak kurang, emosi lebih. Itu yang nak jadi bangsa yang maju payah sikit. Asal tersentuh sikit sensitivity, cepat je terngadah melenting, bukannya dok tarik nafas, berfikir. Dan bila ditunding akan tabiat kita ni yang buruk, bukannya nak sedar tapi dok marah sebab ada orang berani nak bagi tunjuk ajar. Ego dan tak pakai otak, melayu tak akn maju dan akan sentiasa jadi balaci penyamun dan si penunggang agama jika sifat ni tak dibuang!

Nick.
cape Tiger.

Dr said...

Well said bro...padat dan berfakta.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena