Tuesday 7 May 2019

Islam terancam & Orang Melayu nak kena TIPU sampai bila? Melayu tak akan maju dan akan sentiasa jadi balaci penyamun dan si penunggang agama! [Video KINI PEMIMPIN MALAYSIA DIIKTIRAF DUNIA]

Selasa, 7 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


nick said...
Dulu masa Sultan2 melayu dan umat melayu dijajah dan diperintah oleh Inggeris yang beragama kristian, takde pulak dok dengar kononnya Islam terancam dan tergugat disebabkan kita dibwah perintah Baginda Queen? Sultan2 pun elok je masih lagi jadi ketua agama. Tapi la ni bila kerajaan PH ambil alih, tetiba lak macai2 serta melayu2 kaki rasuah dok melalak kononnya Islam sedang digugat! Malah agamawan2 penunggang agama pun dok join sama untuk dapat sedikit habuan dunia, iyalah puak2 penunggang agama ni mana ada skill dan kemahiran keduniaan yang boleh mereka gunakan untuk cari rezeki halal maka untuk dapat isteri cantik, keta besar, rumah agam, terpaksalah jual dan tunggang agama untuk dapat benda tu semua! Islam tergugat? Tang mana yang tergugat? Jawatan2 mufti dah dimansuhkan? kat Pulau Pinang mufti dah takde?

Kat Melaka yang tiada Sultan, Islam masih lagi jadi agama orang melayu! Masjid makin banyak dibina, lulusan agama dalam dan luar negara semakin bertambah walaupun tak tahu mana nak sumbatkan mereka! Perlembagaan yang menjulang Sultan dan Islam sebagai tunggak negara masih tak terpinda atau di rombak. Islam digugat?

Kalau islam tergugat bila ramai orang melayu yang tak malu untuk makan dan buat rasuah, ya betul! Kalau islam tergugat bila ramai melayu yang tak malu jadi penyamun dan sokong penyamun, ya betul! Islam tergugat bila kemungkaran dan jenayah menyebabkan pesalah yang berbangsa melayu di panggil boss bukannya di tolak, ya betul! Islam tergugat bila agamawan2 dok jual agama untuk dapat kebendaan sambil dok berbohong dan menipu untuk dapat pengaruh dan sokongan politik, ya betul!

Satu perkara tentang melayu ni adalah suka ikut emosi dan tak berapa nak guna akal atau berfikir. Itulah sebabbya melayu ni sinonim dengan amuk, jenis emosi melulu dan buat sesuatu tanpa berfikir. Perkataan "amuk" itu sendiri adalah sumbangan orang melayu kepada kamus perbendaharaan kata seluruh dunia. Amuk itu adalah tindakan melulu penuh emosi tanpa berfikir dan tanpa bersabar, dan itulah salah satu sifat melayu yang amat terkenal seantero dunia dan sehingga kini pun melayu masih lagi kaki emosi dan kaki buat kerja tanpa berfikir. Melayu masih lagi kurang akal dan lebih gilanya.

Adakah umat melayu masih lagi mahu perkataan amuk itu menjadi sinonim dengan bangsa kita? Melihatkan tindakan kurang akal parti2 melayu dan parti2 agama kat Mesia ni, aku rasa kita memang layak dilihat sebagai bangsa "amuk", otak kurang, emosi lebih. Itu yang nak jadi bangsa yang maju payah sikit. Asal tersentuh sikit sensitivity, cepat je terngadah melenting, bukannya dok tarik nafas, berfikir. Dan bila ditunding akan tabiat kita ni yang buruk, bukannya nak sedar tapi dok marah sebab ada orang berani nak bagi tunjuk ajar. Ego dan tak pakai otak, melayu tak akn maju dan akan sentiasa jadi balaci penyamun dan si penunggang agama jika sifat ni tak dibuang!

Nick.
cape Tiger.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena