Thursday, 2 May 2019

PAS kini ikut telunjuk UMNO yang bobrok lagi korup & Jangan fikir pasal Sandakan, tumpu kes mahkamah [Video Subahat dan terima rasuah RM2.8 juta - BUNG DAN ZIZIE DIDAKWA! "Patutlah hidup mewah" La ni baru 2 bulan menimang cahaya mata]

Jumaat, 3 Mei 2019

SUBAHAT DAN TERIMA RASUAH RM2.8 JUTA - BUNG DAN ZIZIE DIDAKWA

KUALA LUMPUR, 3 Mei 2019 - Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan rasuah yang dilakukannya empat tahun lalu. Tertuduh yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Rozina Ayob sebaik semua kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Turut mengaku tidak bersalah ialah isterinya yang juga seorang pelakon, Datin Seri Zizie Izette A Samad, 41, atas tiga pertuduhan lain kerana bersubahat selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi secara berasingan. Mengikut kesemua pertuduhan tersebut, Bung Moktar didakwa memperoleh suapan berbentuk wang tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM2.8 juta daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad melalui isterinya sebagai upah mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA Berhad membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad. Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan mereka di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 dan 19 Jun 2015. Bung Moktar dituduh dibawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 manakala Zizie Izette pula dituduh dibawah Seksyen 28(1)(c) akta yang sama. Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua mereka boleh dihukum penjara tidak lebih daripada 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi. Mahkamah membenarkan Bung Moktar dan Zizie Izette diikat jamin RM100,000.00 setiap seorang bagi semua pertuduhan, masing-masing dengan seorang penjamin serta perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 10 Jun 2019 untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Dato' Umar Saifuddin Jaafar, Allan Suman Pillai dan Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar Manakala kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Datuk K. Kumaraendran

“Patutlah hidup mewah..” - Terlibat kes rasuah RM3 juta, Bung Moktar & Zizie Ezette ditahan 

SPRM

Gambar Bung Mokhtar dan Isteri bercuti Bermewah2 di Hollywood dan Los Angeles, US.
Inilah sikap Pemimpin UmnoBN yang suka bermewah2. Biar hampa makan kangkung...Kami makan asparagus n brokoli. Banyak duit sunggoh hampa no..pi sampai Las Vegas ni.
Posted by Mohd. Kamal bin Abdullah 
THURSDAY, JANUARY 30, 2014
Malaysians Must Know the TRUTH
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, teks
PAS kini ikut telunjuk UMNO yang bobrok lagi korup 
SOKONG UNDI calon bukan Islam membawa mudarat lebih besar..Cikalang PAS beri sokongan pula kepada calon PBS bukan Islam dalam#PRKSandakan?

Jangan fikir pasal Sandakan, tumpu kes mahkamah

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengingatkan "seseorang" tertentu untuk berhenti membabitkan diri dalam pilihan raya kecil Sandakan dan memberi fokus kepada kes mahkamahnya.
Walaupun tidak menamakan individu yang dimaksudkan, Lim dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri Najib Razak, yang semalam mempersoalkan sama ada DAP menyalahgunakan kuasa untuk menggunakan kerusi dari Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam ceramah mereka.
"Kerusi di sini hari ini semua disewa. Isu ini pun mahu dimainkan. Dia sudah tidak mempunyai modal lagi.
"Jangan fikir tentang Sandakan. Lebih baik memikirkan (kes) mahkamah anda," kata Lim dalam satu ceramah di Sandakan malam tadi.
Najib sedang menghadapi perbicaraan atas tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang yang melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena