Thursday, 2 May 2019

Najib sendiri pun tak tunai janji PRU13 & Penyatuan PasUmno bukanlah sebab DAP 'tolak Islam' sangat, tapi sebab sudah ada rundingan sulit dengan Najib/Umno dan duit jotter2 dah banyak ambik! Bung Moktar, isteri berdepan enam tuduhan rasuah [Video Bung Mokhtar KINABATANGAN BN Digelar BODOH & BARUA]

Jumaat, 3 Mei 2019
Tumpang sekole
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Najib sendiri tak tunai janji PRU .
“Daripada lebih 60 janji yg diberi oleh Najib dlm manifesto BN pd PRU13 hanya 21 dilaksanakan - kata Syed Hamid
Lebai Parti Suci pom serupa...Hahaa
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Ini masa kemaruk undi cina. Sekarang tengah kemaruk undi orang melayu. Semuanya boleh berubah-ubah mengikut selera dan kemahuan. Takdir!
Imej mungkin mengandungi: 4 orang
Ana Tahu
Kesimpulannya bukanlah sebab DAP ”tolak Islam” sangat, tapi sebab sudah ada rundingan sulit dengan Najib/Umno dan duit pun dah banyak ambik. Sekarang masa menjadi khadam sejati Umno. Siapa Umno suruh sokong maka parti ana akan tunjukkan sokongan padu...

Bung Moktar, isteri berdepan enam tuduhan rasuah

Bekas pengerusi Felcra Berhad Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette A Samad dihadapkan ke mahkamah atas enam pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Mereka dihadapkan dengan tiga pertuduhan setiap seorang, dengan Bung Moktar berhadapan tiga pertuduhan menerima rasuah, manakala Zizie pula dihadapkan dengan tiga tuduhan bersubahat menerima rasuah.
Dalam pertuduhan pertama, Bung Moktar pada 12 Jun 2015 dituduh menerima suapan berupa wang tunai RM2.2 juta daripada seorang ejen pelaburan Public Mutual Berhad melalui Zizie.
Suapan itu dibayar sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II supaya Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta untuk menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga pula, Bung Moktar pada 19 Jun 2015 didakwa menerima suapan RM262,500 dan RM337,500 melalui akaun bank yang didaftarkan atas nama Zizie untuk tujuan yang sama.
Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob mengikut subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Anggota parlimen Kinabatangan itu mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan tersebut.
Isteri dituduh subahat
Sementara itu, dalam sebutan berasingan, Zizie didakwa dengan tiga tuduhan bersubahat dengan Bung dalam menerima rasuah pada tarikh dan jumlah suapan yang sama.
Zizie didawa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.
Zizie yang memakai persalinan serba hitam tidak mengaku bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.
Timbalan Pendakwa Raya bagi kes Zizie ialah Umar Saifuddin Jaafar sementara peguam yang mewakilinya pula ialah K Kumaraendran.
Jika sabit kesalahan, kedua-duanya boleh dihukum bawah subseksyen 24(1) Akta yang sama, membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Kedua-dua hakim menetapkan ikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin, dengan syarat tambahan pasport tertuduh hendaklah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dibicarakan.
Rozina menetapkan tarikh sebutan semula kes Bung Moktar pada 10 Jun.
Sebutan semula kes Zizie juga ditetapkan 10 Jun setelah Azura membenarkan permohonan perbicaraan bersama yang dikemukakan Umar.
Ketika ditemui di luar mahkamah, Bung Moktar yang memakai sut hitam dan berkemeja biru muda itu tersenyum di hadapan pemberita.
Bagaimanapun, dia yang berjalan beriringan dengan isterinya tidak mahu memberikan sebarang komen.
Bung Moktar dilantik sebagai pengerusi Felcra pada Julai 2013 sebelum meletakkan jawatan pada 1 Jun 2018 susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Mei tahun lalu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena