Thursday 2 May 2019

Sexist, Racist and Corrupt..SIAPA LAGI SELEPAS BUNG MOKHTAR INI? [Video Najib, Rahman Dahlan hadir mahkamah perbicaraan rasuah Bung Moktar]

Jumaat, 3 Mei 2019
Bung Moktar - Wife Zizie
 Sexist, Racist and Corrupt  Bung Moktar To Be Charged... 

SIAPA LAGI SELEPAS BUNG MOKHTAR INI?

Selepas Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor, Abdul Azeez Rahim, Isa Samad dan beberapa yang lain yang telah didakwa di mahkamah, kini giliran Bung Mokhtar Radin menerima nasib yang sama.
Semalam, beliau bersama isterinya, Zizie Ezzette ditahan SPRM, tetapi dibebas kemudiannya dengan jaminan.
Susulan itu, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pagi Jumaat ini.
Bung Mokhtar yang merupakan Ahli Parlimen Sabah dan bekas Pengerusi Felcra dilaporkan akan didakwa berkaitan salah laku yang membabitkannya ketika menerajui agensi tersebut.
Isterinya dipercayai bersubahat dan menerima manfaat daripada salah laku yang dilakukannya itu.
Kes beliau ini telah lama disiasat sebelum ini, tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Ketika sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai untuk menyertai Bersatu, Bung Mokhtar adalah antara yang masih kekal bersama UMNO, lalu kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah menggantikan Hajiji Haji Nor.
Berikutan pertukaran kerajaan pada 9 Mei, sederetan pemimpin UMNO telah didakwa di mahkamah berkaitan salah laku yang dilakukan ketika berkuasa dahulu.
Bekas PM, bekas TPM, bekas menteri, bekas pengerusi agensi kerajaan, malah bekas pegawai khas menteri sekali pun tidak terlepas daripada tindakan dan seolah-olah hanya menunggu giliran saja.
Siapakah lagi selepas ini?
Apakah ada lagi pemimpin UMNO, bekas menteri dan bekas pengerusi agensi kerajaan akan turut didakwa tidak lama selepas ini?
Adakah terdapat pemimpin UMNO lain yang sudah terasa “demam-demam panas” ketika ini?
Atau dengan ini ada di antara mereka yang mula terfikir untuk cepat-cepat “melompat parti” bagi menyelamatkan diri? (Shahbudinditcom 02/05/2019)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena