Sunday, 12 May 2019

DAP beri bantuan kepada 9 Masjid & 37 surau! Puak Lebai pulak asyik 'Berperang Kabilah@Berperang Saudara', semuanya berpunca dari 'DEDAK Umno'? MB T'ganu, Khalil bukan ahli 'kartel dedak' & Dedak: Saya dedah agar presiden, pimpinan tak terpalit [Video Yapeim rugi RM12juta dalam skim gadaian emas]

Isnin, 13 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, cermin mata dan teks
Perang kabilah melanda parti suci!!! Dapat restu Ustaz hadi??
Kenapa pemimpin PAS ini semua cakap ada restu orang lain? Tak berani dedah kan kebenaran? Kena tunggu restu orang?
Ada tanda2 awal org2 tertentu yg akan dijadikan "scape goat" untuk selamatkan pemimpin atasan parti.
Pandai betul UMNO ni meracuni ulamak. Patutpun arwah tok guru nik abdul aziz. Berpesan. Jangan berkawan dengan UMNO. Perosak agama bangsa!!

SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO.
'Perang saudara' di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin @ Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan. Isunya semua pasal 'dedak umno".
Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik Beduh dlm satu pertemuan tertutup di mana Nik Beduh mengaku bahawa memang ramai pimpinan lebai yg makan duit Umno (dedak). Apabila rakaman ini tersebar, awalnya Nik Beduh buat muka toya je, tidak mengaku itu suaranya bahkan tergamak dia jual nama arwah ayahnya Tok Guru Nik Aziz kononnya beliau juga difitnah seperti arwah ayahnya pernah difitnah.
Tuhan mahu tunjuk kat kita bahawa berhati2 dgn lebai pakai ketayap tapi kuat menipu. Akhirnya kantoi. Bukan sahaja suara rakaman itu disahkan asli adalah suara Nik Abduh melalui ujian audio makmal di london, tetapi sikit demi sedikit didedahkan sendiri oleh beberapa pimpinan lebai yg turut hadir sewaktu pertemuan tertutup tersebut di mana mereka mengesahkan itu memang suara Nik Beduh. Ertikata lain, memang benar, Nik Beduh mengaku ramai pemimpin utama lebai yang telah makan 'dedak umno'. Akhirnya, mahu tidak mahu, anak arwah tok guru ni pun tebalkan muka seperti tebalnya serban Tontowi, mengaku itu memang suaranya. Dia terpaksa berbohong 'syarie" dan pembohongannya itu direstu oleh Murobbinya, Hadi Awang. Ertikata lain, wlaupun menipu itu berdosa apatah lagi menipu ahli jemaah sendiri, tetapi hukum itu boleh berubah mengikut "fatwa" Hadi Awang. Tidak pelik kalau Hadi restu untuk menipu kerana seorang kaki fitnah seperti Hadi ini menipu itu perkara kecil saja. Nak saya senaraikan fitnah2 Hadi? Maaf, tak cukup ruang dan masa.
Tuduhan geng2 Nik Beduh ini terhadap Din Ayam amat tidak disenangi oleh Din Ayam. Ye lah, kamu yang kenyang makan dedak, lepas tu tidak mengaku, kemudiannya menipu, lepas tu tuduh Din Ayam yang kantoikan dia. Mahu Din Ayam tidak mengamuk?
Itulah akibatnya apabila orang agama telah terpedaya dgn dedak dunia. Orang alim yg jahat lebih Allah murkai dari orang jahil yg jahat.
WFAUZDIN NS
Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tampil menafikan dua nama yang dikaitkan dalam senarai ahli 'kartel dedak' yang didedahkannya sebelum ini.
Melalui hantaran Facebook hari ini, Zaharudin menafikan “Dr Hussam II” dan “Mr. KT” dalam senarai yang didedahkannya merujuk kepada Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan adik iparnya yang juga Ketua Pemuda PAS, Khalil Abdul Hadi. 
Zaharudin juga menuduh Amanah bertanggungjawab dalam mengaitkan nama-nama yang ada dalam senarai itu.
“Ini palsu. Tak sama dengan apa yang saya maksudkan. 
"Takkan menteri besar Terengganu terlibat? Takkan adik ipar ana (saya) sendiri terlibat. Jangan percaya (dakwaan) Amanah,” tulisnya.
Dalam pendedahannya berhubung 'kartel dedak' sebelum ini, Zaharudin menyenaraikan lima ahli kumpulan dalam PAS berkenaan tanpa menyebut nama sebenar mereka.
Zaharudin menyenaraikan lima ahli itu sebagai "Dr Hussam II (kepala no 1)", "Mr NT", "Mr KT", "Mr KH" dan individu yang kelima sebagai “semua dah tahu.”
Susulan itu, tersebar senarai nama yang mengaitkan lima ahli itu dengan pimpinan PAS yang didakwa dimaksudkan Zaharudin.
Malaysiakini.

Kartel dedak: 'Saya dedah agar presiden, pimpinan tak terpalit'

Susulan kritikan terhadap pendedahan yang dibuatnya berkenaan 'kartel dedak', menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad tampil menjelaskan sebabnya berbuat demikian.
Beliau berkata, niatnya mendedahkan perkara itu hanyalah untuk mengelakkan isu itu daripada terpalit kepada pemimpinan parti iaitu presiden Abdul Hadi Awang, Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat.
Untuk mencapai tujuan itu, katanya, dia perlu mendedahkan perkara itu "sebelum terlambat" walau terpaksa berdepan kritikan anggota parti yang tidak setuju dengan tindakannya.
"Misi saya mudah. Saya nak jauhkan perbuatan mendedak ini daripada dilibatkan presiden PAS, majlis syura ulama dan PAS pusat itu sendiri.
"Jadi dua pilihan yang perlu saya pilih. Sama ada biarkan persepsi ramai (tentang) dakwaan YBNA (Yang Berhormat Nik Abduh) dan tentera siber pro mereka bahawa projek ini direstui presiden dan majlis syura...atau pilihan kedua (iaitu) dedah sekarang sebelum terlambat," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Menerusi siri hantaran Facebook, Zaharudin membangkitkan semula isu rakaman audio tular Nik Abduh berkenaan menerima dana daripada Umno.
Keadaaan semakin hangat apabila Zaharudin menamakan lima individu yang didakwa terlibat - "Dr Hussam II (kepala no 1)", "Mr NT", "Mr KT", "Mr KH" dan individu yang kelima sebagai “semua dah tahu.”
Setakat ini tiada mana-mana pemimpin terbabit tampil membuat kenyataan, dan cubaan Malaysiakini menghubungi mereka juga belum berhasil.
Mengulas lanjut, Zaharudin berkata kesan lebih besar akan menimpa PAS jika Umno didakwa melakukan kesalahan misalnya mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amlafta) 2001.
"Maka bukan sahaja UMNO dan DS Najib akan dihukum, bahkan PAS dan kepimpinan PAS boleh tersangkut sekali.
“Jika kerajan PH tak mampu sabitkan dengan bukti sekalipun, tetapi cukup mereka gunakan kenyataan Nik Abduh dan sekutu-sekutunya yang bersungguh-sungguh mendakwa keterlibatan kepimpinan tertinggi dengan memdedak sebagai alasan untuk menangkap kepimpinan PAS.
"Ketika itu kita nak nafi penglibatan keterlibatan pimpinan dan majlis syura ulama?... Sedangkan hari ini kartel dedak dan tentera siber (mereka) bersungguh-sungguh pertahankan mendedak itu harus dan dibuat oleh pimpinan tertinggi...," katanya lagi.
Dengan membangkitkan perkara itu sekarang, beliau berkata yakin PAS akan lebih selamat pada masa akan datang jika 
Tambahnya, dengan pilihan kedua, dia yakin PAS akan lebih selamat untuk jangka masa panjang sekiranya belaku sabitan ke atas kes-kes tersebut. 
Malaysiakini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena