Tuesday 7 May 2019

Polis reman anggota Jabatan Amal Pas KES FITNAH [Video Hatta Ramli: PRK Sandakan]

Rabu, 8 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Jika Bendahari PAS Pusat Razman Zakaria pon pernah kalah saman fitnah diarah bayar RM200,000 kepada Nizar, inikan pula anggota Jabatan Amal PAS.
Dah khatam menuntut ilmu fitnah dari UMNO sampai juzu' berapa tu?
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks

Polis reman anggota Jabatan Amal PAS

Polis menahan seorang lelaki yang juga anggota Jabatan Amal PAS hari ini di Kota Bharu, dipercayai bagi membantu siasatan kes dakwaan menyebarkan berita palsu di media sosial.
Penahanan lelaki berusia 55 tahun itu dikatakan susulan satu hantaran di Facebooknya yang didakwa memfitnah menteri.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit.
"Penama (suspek) ini memang ada ditangkap hari ini dan tahanan reman selama dua hari.
"Itu yang boleh saya sahkan," katanya ringkas ketika diminta mengesahkan perkara itu.
Berdasarkan maklumat awal, suspek yang juga seorang peniaga kedai makan dipercayai akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, penangkapan suspek menjadi tular di media sosial yang mendakwa polis menahan seorang pegawai yang bekerja di pejabat Adun Panchor, Mohd Amar Nik Abdullah.
Bagaimanapun, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika dihubungi menafikan perkara itu.
"Tiada (pegawai ditahan). Ini kerja orang yang tak ada kerja," katanya merujuk kepada pihak yang menyebarkan perkara itu.
Sementara itu sumber PAS Kelantan memberitahu lelaki berkenaan tiada sebarang jawatan dalam PAS sebaliknya hanya anggota biasa dalam Jabatan Amal.
Malaysiakini.

1 comments:

Lone ranger pomen said...

org keluar juta2 pun kata tak kenal. Ni kan plak walaun biase.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena