Wednesday 3 April 2013

BN di Taiping TUMBANG Sebelum Penamaan Calon! - PAS Jangka Hari Mengundi 27 April...

Rabu, 3 April 2013
MOHON TAJAAN / SUMBANGAN "MENUJU PUTRAJAYA " - SILA KLIK FOTO
Tiang lampu tumbang tidak tahan pikul bendera Umno/BN
Di Taiping, Perak sebatang tiang lampu walaupun dipasang teguh bersimen konkrit tapi akhirnya tumbang jua kerana tidak mampu nak pikul bendera UMNO/BN yang disalut disekeling batang tiang lampu tersebut.

Tiang lampu ini tumbang bukan dilanggar pun...Tumbang begitu saja tanpa ribut dan angin.
Dulu ada satu pokok mati, ini kali satu tiang lampu jalan pula runtuh tumbang.
Apakah memberi petanda yang UMNO akan mati dan tumbang pada PRU 13 ini?

Klik untuk baca laporan penuh dalam Blog Omak Kau

PRU13: PAS jangka hari mengundi 27 April

Anis Nazri
KUALA LUMPUR: PAS menjangkakan tarikh pembuangan undi pilihan raya umum ke-13 pada 27 April, manakala 13 April sebagai tarikh penamaan calon.

Justeru, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli menggesa semua jentera parti di setiap peringkat menggunakan tarikh tersebut bagi memandu gerak kerja.

Tambah beliau, biarpun PAS sudah lama bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum, dengan tarikh jangkaan ini diharapkan jentera parti akan lebih giat dlakukan.

"Tarikh-tarikh ini boleh jadi mungkin akan berubah.  Tetapi, sehingga kini, saya seru semua jentera agar bergerak berpandukan tarikh ini," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Hatta berkata PAS akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada PRU13 ini sebelum tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau percaya, akan ada pengumuman awal bagi calon-calon yang diputuskan, yang dilihat boleh membawa impak positif kepada kempen Pakatan Rakyat.

PAS Perlis merupakan negeri pertama yang mengumumkan bakal calon yang akan bertanding di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Pengumuman itu dibuat kira-kira 15 minit sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen, pada 11.35 pagi tadi.
6 comments
 Mohd Khazimi Ismail · Pengerusi at Badan pengurusan bersama Dengar khabar dato najib cadang SPR tetapkan tarikh mengundi pada 4 mei, penamaan calon pada 20 April.

Reply · 2 · · 4 hours ago Saiful Azmi · UUM bermula dari sekarang semua cawangan PAS diminta solat Hajat.

 Reply · 2 · · 3 hours ago Jamlus Abu Bakar · Top Commenter · Kota Bharu Teachers College JANGAN BIMBANG.......RAKYAT BERADA DIBELAKANG PAKATAN RAKYAT........LAWAN TETAP LAWAN. 

Reply · · 2 hours ago Hussin Sulong Tok Janggut · Top Commenter · Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi apa-apa pun ABU..asal bukan Umno. 

Reply · · 2 hours ago Alias Alhamdi · Yarmouk University gara gara lambat umum....program kem pelajar mungkin tergendala. 

Reply · · 2 hours ago Fathiyah Yah Megat · Top Commenter · Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh Boleh jadi juga tarikh tersebut.......


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena