Wednesday 3 April 2013

Bubar Parlimen: Apa Kata Najib & Reaksi Pemimpin Pakatan Rakyat...

Rabu, 3 April 2013
Sebagai pemimpin yang sejati tiada istilah berlakon dalam kehidupannya...

Hirup Kuah Laksa.
Gambar ini telah dirakamkan oleh Ahmad Boestaman Majid didalam Majlis Jamuan laksa bagi mengumpul dana PRU13 UPU Rhu Muda yang telah diadakan pada hari Jumaat 29 Mac 2013 di Perkarangan Masjid Rhu Muda, Marang 
Agak-agakla,, Najib mau ka makan macam tu....
KUALA LUMPUR 3 APRIL: Pembubaran Parlimen hari ini menerima reaksi pelbagai peringkat pemimpin Pakatan Rakyat yang teruja mahu perubahan pada pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-13.
Berikut antara reaksi mereka:
Datuk Seri Najib Tun Razak

Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.
Kesedihan Najib Razak gagal disembunyikan, mengambil kira kemungkinan besar dirinya akan menjadi Perdana Menteri dari Umno yang terakhir dalam sejarah peradaban negara. Jika ini benar menjadi kenyataan maka ia adalah sebuah kemenangan rakyat, kerana perlawanan PRU-13 adalah perebutan kuasa di antara elit pemerintah dan juga rakyat marhein.

Datuk Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)
“Ini Kalilah PRU 13, InsyaAllah”.
Rafizi Ramli

Rafizi Ramli (Pengarah Strategi KEADILAN)
“Akhirnya Najib Razak bubar Parlimen. Dalam perjalanan ke ibu pejabat mesyuarat. Kita lihat bermulanya cahaya kebenaran”.
Fuziah Salleh (Naib Presiden KEADILAN)
“Semua gerak jentera bermula! Lawan habis-habisan sehingga sampai ke Putrajaya. Ini Kalilah peluang terbaik kita”.

Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden KEADILAN)
“Akhirnya Parlimen dibubar”.

Badrul Hisham Shaharin (Ketua Cabang KEADILAN Rembau)
“Ayuh satukan tenaga marhaen bangkit melawan regim. Parlimen bubar woi!!!!hahahahahhaha..inikalilah!!”
Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)   
“Pastikan PRU selamat dan bersih”.
Hannah Yeoh (Adun Subang Jaya)
“Dari penjara ke 3 April 2013, Anwar Ibrahim tinggal selangkah untuk jadi Perdana Menteri baru”.
Amiruddin Shari (Adun Batu Caves)  
“Najib membayangkan akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU 13″.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena