Tuesday 9 April 2013

Melaka: Van Yang Menjadi 'Rumah' Dua Beranak Akibat Kesempitan Hidup Hangus Terbakar? - Video Updated

Selasa, 9 April 2013
Mukadimah: Politik Ganas SAMSENG UMNO Melaka
Hilang Umno akan hilanglah budaya samseng


KUALA LUMPUR: Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu, tulis Aspan Alias.



Baginya, UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan.
“Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng  menyubur di negara ini. Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insya Allah,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.


Apa yang menghairankan, kenapakah pimpinan UMNO di Melaka tidak mendidik ahli-ahli serta penyokongnya untuk berkelakuan yang baik sedikit kerana dengan tindakan penyokong ini ia membabitkan imej pimpinan UMNO yang kini sudah tersedia dengan masalah-masalah yang  tidak dapat diperbaiki lagi.

Maka rakyat perlu bersatu dan mengenepikan UMNO kali ini untuk menghilangkan budaya buruk ini terus-menerus subur dalam masyarakat yang inginkan kehidupan harmonis dan muhibbah di antara kita yang berbilang kaum dan cara hidup ini.

Kita tidak boleh menerima seruan UMNO bagi rakyat bersatu di bawahnya kerana kita akan lebih selamat jika kita bersatu di luar UMNO dan BN itu. UMNO boleh meneruskan budaya samseng itu, tetapi UMNO mesti duduk di luar kerajaan. Kita amat takut jika kita ditadbir oleh kerajaan yang menggalakkan budaya samseng  menyubur di negara ini.

Hilangnya UMNO bermakna akan hilanglah budaya samseng itu, insya Allah. Budaya samseng sekarang berkembang kerana samseng ini dilindungi oleh kerajaan dan penguatkuasa undang-undng di negara ini.

Pendeknya, kita mesti tolak pendinding dan pelindung kepada samseng-samseng ini, iaitu UMNO.
Harakahdaily.




Van terbakar berhampiran Tol Batu 3, Shah Alam, Selangor

Berita Lendu
Hangus Terbakar: Kejadian Berlaku Di Lendu, Melaka!
Rahsia sebalik kemalangan
LENDU - Nasib dua beranak yang tinggal dalam van sejak tiga bulan lalu akibat kesempitan hidup berakhir apabila kenderaan yang menjadi 'rumahnya' selama ini hangus terbakar selepas terlibat kemalangan di Jalan Kampung Air Hitam Lendu, di sini, petang kelmarin.
Zubaidi Alias, 34 dan anak bongsunya, Siti Zulaikha, 5, menghadapi kehidupan sukar apabila isteri dan anak sulungnya menghilangkan diri disebabkan kesempitan hidup, sebelum dihalau keluar dari rumah sewa akibat gagal melunaskan tunggakan sewa.
Bagi meneruskan hidup, Zubaidi tinggal dalam van jenis Nissan Vannette yang dipinjamkan dari saudaranya, dalam masa sama digunakan untuk mencari sesuap nasi dengan kerja-kerja ringan, seperti mengambil upah mengangkut bekalan kelapa.
Sekiranya tidak menumpang di rumah saudara mara, kedua beranak itu menjadikan van berkenaan sebagai tempat tidur waktu malam yang diparkir di mana-mana lokasi sesuai, dengan menumpang tandas awam di stesen minyak untuk mandi dan buang air.
Namun, dalam kejadian kira-kira 6.10 petang kelmarin, anak beranak itu terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil baki barangan di rumah sewa di Durian Tunggal yang ditinggalkan sebelum ini, untuk ditumpangkan ke rumah bapa angkatnya di Kampung Panchor.
Kejadian berlaku disebabkan mangsa terlalu letih.
Van Zubaidi terbabas rempuh sebatang tiang jalan, terhumban dalam gaung lalu terbakar selepas berlaku kebocoran padan tangki minyak.
Kemalangan menyebabkan kaki Zubaidi tersepit di celah pedal minyak.
Menurut sumber, anak mangsa pula terperosok bawah papan pemuka tempat duduk penumpang.
“Melihat anaknya meraung ketakutan, mangsa bertindak mencapai anaknya itu sambil merentap kaki kirinya yang tersepit.
“Ketika itu, mangsa terhidu bau hangit serta kepulan asap hitam dan api kecil keluar dari enjin kenderaan. Mangsa bertindak melompat keluar dari pintu pemandu," katanya.
Menurutnya, beberapa saat selepas itu, mangsa dan anaknya berjaya keluar dan api mula menyambar bahagian  hadapan van berkenaan sebelum berlaku letupan kuat di bahagian enjin,” katanya.
Sementara itu, Zubaidi berkata, sebaik saja dapat melepaskan diri, dia menahan sakit berusaha memanjat tebing gaung yang curam sambil mendukung anaknya itu, sebelum dibantu orang awam yang berhenti di tepi jalan.
“Saya sedih lihat van ini terbakar. Selama ini menjadi tempat saya bergantung mencari rezeki. Kini, semua musnah," katanya.
Menurutnya, dia tidak pasti ke mana hala tuju dia bersama anak kecil selepas van yang menjadi rumahnya selama ini musnah.
“Bila dah sihat nanti, baru saya fikirkan macamana nak mulakan hidup baru supaya masa depan anak saya tak terjejas," katanya sebak sambil mengesat air mata.

Dalam pada itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Eslizan Nurhan Amin berkata, dua jentera membabitkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah dan Masjid Tanah dikejarkan ke tempat kejadian dan mengambil masa kurang 10 minit untuk memadamkan kebakaran.
Mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan kini menumpang sementara di rumah saudaranya di Masjid Tanah.
Sinar/-
 photo Header_zps1184082a.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena