Saturday 13 January 2018

[Video Hasil peneroka Felda telah di rompak UmnoBN] Formula semua menang di Johor.

Ahad, 14 Januari 2018

Image result for Gambar Duit Felda dirompak

Image result for Gambar Duit Felda dirompak
UMNO Dan Penyangak Tiada Bezanya

Formula semua menang di Johor

Formula semua menang di Johor

Ternyata apa yang berlaku kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor pada 7 Januari 2018 yang lalu adalah suatu detik yang mencabar bagi pemimpin parti tersebut.
Ini berikutan pembahagian kerusi diperingkat Nasional hanya memperuntukkan dua kerusi parlimen sahaja dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
Kerusi AMANAH merosot 75% berbanding kerusi Pas dalam PRU13 iaitu daripada 8 kepada 2 sahaja.
Rata-rata dari kalangan ahli AMANAH Johor telah meluahkan rasa kurang berpuas hati dengan pembahagian tersebut. Ada di kalangan ahli akar umbi yang selama ini bertungkus lumus menggerakkan parti itu berpendapat bahawa pembahagian kerusi yang berlaku itu tidak menyebelahi parti mereka.
Terdapat daripada mereka sangat kecewa sehingga tidak mahu terlibat dalam politik lagi.
Kerusi Parlimen Parit Sulong yang diberikan kepada AMANAH bukanlah kerusi gred A. Hanya Pulai sahaja yang mempunyai gred A.
Ini memberi maksud hanya satu kerusi parlimen sahaja yang boleh disumbang oleh AMANAH dalam pilihn raya ke-14. Sedangkan Johor mempunyai pimpinan AMANAH yang paling ramai berpindah daripada Pas kepada AMANAH.
Tokoh-tokoh besar AMANAH Johor adalah Salahuddin Ayub (Timbalan Presiden AMANAH Nasional); Suhaizan Kaiat (Setiausaha Organisasi Nasional juga bekas pensyarah UTM); Aminolhuda Hassan (Pengerusi AMANAH Johor merangkap Adun Parit Yaani); Dzulkefly Ahmad (Timbalan Pengerusi AMANAH Johor yang juga seorang Perunding Hartanah); Mazlan Aliman (Presiden ANAK); Dr. Sulaiman Md Nor (bekas Prof Madya UTM).
Tidak kurang juga dengan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua Wanita AMANAH Nasional); Anis Afida Mohd Azli (Ketua Wanita Muda Nasional); Onn Jaafar (Speaker AMANAH Nasional); Sazni Munir Ithnin (Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional) dan; Prof Emeritus Dr Shamsudin Mohd Amin bekas pensyarah UTM.
Kerusi Parlimen Ayer Hitam adalah dipohon oleh AMANAH. Peringkat awal telah diserah pada AMANAH. Malangnya disaat akhir kerusi ini telah diserah pada DAP tetapi calon daripada AMANAH.
Ini adalah suatu musibah kepada AMANAH Johor. Pihak lawan akan terus memainkan isu AMANAH barua DAP. AMANAH ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Formula Nasional ini bakal memberi musibah kepada Dun Semarang dalam Parlimen Ayer Hitam yang mempunyai 85% pengundi Melayu.
Bagi merawat hati yang luka lara selepas diputuskan hanya bertanding dua kerusi Parlimen di Johor maka perlulah satu formula semua menang dalam pengagihan kerusi diperingkat Dun yang perlu dimuktamadkan pada akhir bulan Januari 2018.
Formula ini sedikit sebanyak mampu mengubati ketidakpuasan hati dikalangan ahli yang selama ini berusaha memperkenalkan AMANAH di Johor.
AMANAH telah berkorban kerusi yang menjadi sasaran mereka di peringkat nasional bagi memastikan kelangsungan PH. Pengorbanan yang dilakukan adalah bagi mempastikan Pakatan Harapan kukuh diperingkat Nasional.
Rakan-rakan PH di Johor perlu membantu AMANAH menerima formula semua menang dan jika ada kekecewaan pun mampu ditutup dengan rasa hormat sesama rakan dalam perjuangan Pakatan Harapan.
Formula semua menang adalah berasaskan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Johor yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi kerusi yang lebih banyak daripada rakan-rakan yang lain. Pengaruh Tan Sri Muhyiddin sangat diperlukan bagi membantu menarik sokongan pengundi Melayu.
Walau bagaimanapun Bersatu tidak boleh dilihat terlalu dominan dengan kerusi yang terlalu banyak sehingga meninggalkan rakan-rakan yang lain.
DAP Johor yang dipimpin tokoh muda Liew Ching Tong adalah parti yang bertuah kerana memiliki kerusi Dun dan Parlimen di Johor yang paling banyak menang maka perlulah mereka lebih membantu rakan-rakan yang lain. Umpamanya orang yang sudah kaya dan berkedudukan maka tibalah masanya mereka membantu rakan-rakan lain yang baru mahu memulakan hidup.
PKR sebuah parti yang hebat dipimpinan oleh Hassan Karim seorang pejuang yang sangat gigih. Mereka telah diperuntukkan paling banyak parlimen boleh menang di Johor. Bermakna mereka boleh menghantar wakil ke Parlimen dan mungkin menjadi Menteri diperingkat Nasional selepas PRU14, Insya Allah. Fokus mereka lebih ke Nasional berbanding Negeri. Maka mereka perlu membantu parti-parti lain yang memfokuskan negeri Johor.
AMANAH Johor dipimpin oleh Aminolhuda Hassan. Imejnya tercalar teruk akibat pengorbanannya terhadap PH diperingkat Nasional. Semua rakan dalam PH perlu membantunya agar dapat menang bersama di negeri Johor.
MD.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena