Friday, 12 January 2018

[Video The iron man M'sia dah sampai PENGHUJUNG BENUA ASIA] Fitnah diberkas SPRM: Guan Eng tenang lepak minum kopi, naik bas ke pejabat.

Jumaat, 12 Januari 2018


Titik paling akhir Benua Asia terletak di Tanjung Piai, dalam daerah Pontian, Johor, pada latitud 01.16° Utara dan longitude 103.30.46° Timur.

1

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menaiki bas menuju ke pejabatnya di Komtar.

Fitnah diberkas SPRM: Guan Eng tenang lepak minum kopi, naik bas ke pejabat


Khabar angin bertiup kencang semalam kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberkas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bersama seorang exco dan setiausaha politiknya.
Ternyata khabar palsu yang diterima wartawan di Pulau Pinang itu tidak benar sama sekali apabila Guan Eng tenang-tenang sahaja berjalan kaki dari pejabatnya di tingkat 28 bangunan Komtar, ke Jalan Penang untuk minum petang diiringi gerombolan wartawan.
Kumpulan wartawan yang kecewa dengan kabar angin serbuan SPRM turut dibelanja minum petang bersama beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.
Hari ini pula, Guan Eng kelihatan santai menaiki bas percuma yang disediakan kerajaan negeri untuk kembali ke pejabat selepas menghadiri suatu acara, mengundang orang ramai mengambil gambar untuk dikongsi ke media sosial.
Beliau langsung tidak kelihatan resah atau bimbang di tengah-tengah siasatan SPRM terhadap projek terowong dasar laut yang tiba-tiba menjelma lagi setelah ia mula disiasat dua tahun lalu.
“SPRM dah mula siasat perkara ni sejak 2016. Sudah dua tahun dan sekarang, sebelum pilihanraya tiba-tiba semua laporan, dakwaan keluar,” ujarnya dalam sidang media di pejabatnya semalam.
Semua kontrak dalam projek pembinaan lebuhraya dan terowong dasar laut tersebut dilakukan melalui tender terbuka yang diselia oleh sebuah jawatankuasa khas diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa melibatkan Ketua Menteri mahupun Exco.
“Semalam Pejabat Ketua Menteri tidak diserbu langsung oleh SPRM, maka saya harap jangan lah cuma sekali lagi untuk memburuk-burukan imej Pejabat Ketua Menteri, dengan laporan palsu seumpama ini,” tegasnya pula dalam sidang media pagi tadi.
Beliau mengulas laporan lidah rasmi Umno, Utusan Online yang mendakwa pejabatnya ditutup semalam kerana sedang diserbu SPRM.
“Mana ada Pejabat Ketua Menteri diserbu, saya masih bertugas,” ujarnya.
Menjelang Pilihanraya Umum ke-14, Guan Eng dan kerajaan negeri pimpinannya dijangka akan terus diasak dengan serangan media bagi menggambarkan beliau sebagai seorang yang korup dan rasuah.
Apatah lagi menjelang perbicaraan kes pembelian banglo keluarganya di Pulau Pinang yang dijadual bermula 26 Mac akan datang.
Perbicaraan tersebut dijangka akan digunakan parti pemerintah sebagai bahan kempen untuk memburuk-burukkan Guan Eng dan DAP, terutamanya jika PRU ke-14 berlangsung ketika perbicaraan tersebut sedang berjalan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena