Friday, 12 January 2018

[Video Kalau Pas menang sapa nak jadi PM, HABAQ MAI] SEBUT DAP, MelayuUmno KECUT, kemudian takut² kan orang lain! AMANAH United Kingdom & Ireland: 'Muafakat PH' sebenarnya MENGUNTUNGKAN RAKYAT...Kenyataan menyangkal dakwaan ustaz AJK Pas Pusat yg prejudis.

Jumaat, 12 Januari 2018
Posted by ali allah ditta 

SEBUT DAP, MELAYU KECUT...

Tak berani puji walaupun pada perkara yang baik..
Takut berdosa kot....
Takut kena kutuk kot....
Rasa tak beriman kot..

Yang handal..
Benci 100%..semua perkara
Prasangka 100%..semua buruk semua negatif..
Sendiri takut..kemudian takut² kan orang lain..

DAP itu siapa sebenarnya..
Sekeliling kita..
Jiran kita..
Kawan kita..
Tauke kedai..
Majukan kita..
Termasuklah...
Yang kita terima rasuah dari mereka..
Yang kita korup bersama..
Yang kita kayakan mereka..

Banyak lagi..

10 orang cina, 9 sokong DAP...

Posted by 

Foto Amanah UK-Eire.


*KENYATAAN MEDIA* : Muafakat Pakatan Harapan Menguntungkan Rakyat Seluruhnya
AMANAH  PROGRESIF  PEDULI
AMANAH United Kingdom & Ireland
#KenyataanMedia MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN MENGUNTUNGKAN RAKYAT SELURUHNYA
1. Kami membaca dengan penuh minat kenyataan dari Ustaz Riduan Mohd Nor, Ahli Jawatankuasa #PAS Pusat berkenaan 'Muafakat Pakatan Harapan' yang didakwa beliau hanya menguntungkan 'elit politik tertentu'.
2. Kami terpanggil untuk menjawab beberapa tuduhan beliau yang tampak seperti 'figments of his imagination' (cebisan khayalan beliau). Jelas sekali beliau gagal memahami muafakat besar Pakatan Harapan (PH) yg telah terzahir di konvensyen PH baru-baru ini.
3. Pertamanya, kami amat bersimpati kerana Parti Islam Semalaysia (PAS)telah dibuli sedemikian rupa sewaktu berada dalam #PakatanRakyat (PR). Kami amat terkejut mendengar bahawa parti pembangkang yang terbesar, tertua dan terkuat dalam PR telah menjadi mangsa penindasan jahat pihak tertentu. Walaupun tidak disebut dalam tulisan beliau, pemimpin kanan lain parti beliau telah banyak kali ratibkan bahawa pihak jahat ini adalah Democratic Action Party (DAP).
4. Keduanya, kami lebih terkejut apabila 'pembuli besar' yang jahat ini hari ini telah menjadi mangsa buli oleh parti lain pula yang jauh lebih kecil dan jauh lebih muda daripada PAS atau DAP. Parti Pribumi BERSATU Malaysia(PPBM) yang baru setahun jagung dikatakan telah berjaya 'membuli' #DAPParti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sehingga ia berjaya mendapat bilangan kerusi parlimen yang terbesar antara mereka.
5. Oleh sebab niat dan tekad mereka yang gila kuasa dan ingin menjadi suara tunggal yang dominan, yang sudah dizahirkan acap kali apabila dilaung-laungkan bahawa presiden mereka perlu dicalonkan menjadi perdana menteri sejak zaman PR lagi, PAS tidak lagi faham erti dua istilah penting dalam kerja berkumpulan (teamwork): konsensus dan sinergi.
6. Secara mudahnya, konsensus atau muafakat dalam konteks ini bermaksud keputusan yang dicapai adalah berdasarkan hikmah terkumpul seluruh pimpinan dan bukan perintah atau sabda seorang pemimpin agung semata-mata. Manakala sinergi di sini bermaksud sebarang keputusan yang diambil sudah pasti adalah keputusan yang mendatangkan maslahah terbesar kepada semua parti komponen dan juga rakyat seluruhnya.
7. AMANAH sebagai sebuah parti politik sivil yang menjunjung prinsip-prinsip Islam sudah tentu menekankan kepentingan integriti dalam setiap langkah. Soal kejujuran dan ketulusan hanya berbangkit jika pihak yang mempersoalkannya sedia ada konflik mengenainya. AMANAH bukanlah pihak itu.
8. Apa yang sahih ketara adalah kecenderungan PAS dan saf pemimpin mereka, terutamanya presidennya, ke arah pemerintahan mutlak tanpa cabaran (absolute rule without dissent). Hanya ketaatan secara mutlak dibenarkan, dan sebarang bangkangan akan dibalas dengan serangan dan ancaman yang digambarkan sebagai kemurkaan Tuhan.
9. Tidak hairanlah kenapa PAS hari ini ghairah ingin berbaik-baik dengan UMNO. Kecenderungan kedua-duanya ke arah 'authoritarianism' atau kediktatoran adalah umpama pepatah Inggeris: 'birds of the same feather flock together' atau mungkin kita boleh kata enggang hanya terbang dengan enggang.
10. Apa yang jelas adalah keengganan PAS untuk bekerjasama dengan #PakatanHarapan, tetapi dilihat lunak dan senada dengan Umno, sebenarnya tidak lain dan tidak bukan suatu sokongan dan talian hayat untuk rejim elit korup #UMNO dan #BarisanNasional.
11. Dengan membenarkan UMNO-#BN kekal berkuasa, PAS lah sebenarnya yang menjulang 'dominasi kelompok elit politik licik' tapi malang sekali kurang cerdik sedangkan rakyat terus sengsara menjadi mangsa korupsi dan kezaliman sesama mereka.
12. Mungkin kami tidak perlu runsing atau takut. Jika #PPBM berjaya membuli DAP sehingga mendapat kerusi yang begitu banyak, mungkin PPBM akan dapat membuli UMNO-BN-PAS di peti undi sehingga PH akhirnya menang dan berjaya menegakkan keadilan di bumi Malaysia.
#AMANAH United Kingdom & Ireland
10 Januari 2018

1 comments:

Dr said...

Mereka itu buta tuli dan tidak mendapat hidayat dari Allah swt walaupun terasa diri itu SUCI....sebab dok dlm parti suci.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena