Wednesday 17 January 2018

[Video Majlis Kesyukuran bersama Warisan & SABAH KAYA tapi Sabahan TERMISKIN!] Pahlawan seru anggota PH patuhi muafakat, tumpu kekuatan hadapi PRU14.

Khamis, 18 Januari 2018


Pahlawan seru anggota PH patuhi muafakat, tumpu kekuatan hadapi PRU14

Pahlawan seru anggota PH patuhi muafakat, tumpu kekuatan hadapi PRU14

Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan Malaysia (Pahlawan) menyeru seluruh saf kepimpinan Pakatan Harapan (PH) melupakan pertelingkahan demi kepentingan rakyat, sebaliknya menumpukan seluruh kekuatan untuk menghadapi PRU14.
“Lupakan dahulu kepentingan peribadi dan kelompok, letakkan kepentingan parti mengatasi semua kepentingan, patuh kepada Presiden, patuh kepada keputusan dan muafakat yang telah dibuat, patuh kepada perjanjian yang telah dimeterai.
“PRU boleh dianggap satu medan peperangan,” kata timbalan pengerusinya, Kapten (B) Haji Zainal Abidin Naus dalam satu kenyataan.
Kata beliau, salah satu prinsip untuk memenangi peperangan ialah, “Penumpuan kekuatan untuk mencapai matlamat”. Dalam erti kata lain, persepakatan menyeluruh untuk mencapai matlamat kemenangan: fokus.
Tambahnya, rakyat sedang memerhatikan karenah pemimpin. Jangan sampai ahli parti dan rakyat kehilangan keyakinan kepada anda. Rakyat tidak mahu keluar mulut harimau dan masuk ke dalam mulut buaya.
“Bagi kami veteran, tidak lupa pada ungkapan ini, “War is a serious business to be left to the general”.
“Kesepakatan kata telah dicapai, dinobatkan, dimaklumkan dalam acara gilang gemilang dalam konvensyen PH pada 7hb Januari 2018.
“Seluruh negara, kalau pun bukan dunia telah maklum akan perkara tersebut. Ini adalah satu tindakan “preemptive” dan reaksinya musuh menjadi gerun, takut dan tidak keruan perasaan.
“Ingatlah bahawa untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah satu perkara yang mudah,” katanya.
Menurut beliau lagi, persepakatan ini dilihat jalan yang paling baik untuk menamatkan kerajaan kleptokrasi yang menindas rakyat.
“Kelihatan jelas kemenangan serta laungan keramat ‘Reformasi’ akan menjadi kenyataan, InsyaAllah. Wadah perjuangan telah terbentang luas, cuma masa dan ketika yang akan menentukan,” kata beliau.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena