Thursday, 11 January 2018

[Video PARTI MANA tak puas hati dengan pembahagian kerusi itu?] Pakatan muafakat agih kerusi PRU14 & ‘Nothing to hide’: Projek terowong P. Pinang dibuat melalui tender terbuka.

Jumaat, 12 Januari 2018

Muktamad, Pakatan muafakat agih kerusi PRU14

AKHIRNYA, Ahad lalu Pakatan Harapan (PH) mengumumkan permuafakatan yang berjaya dicapai sebulat suara dalam agihan kerusi untuk ditandingi semua parti dalam gabungan pembangkang itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Agihan itu berjaya dimuktamadkan selepas Amanah berlapang dada dan sedia berkorban, sehinggakan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad berkata: “Akhirnya yang menjayakan agihan kerusi di kalangan empat parti ini ialah Amanah. Sesuatu yang jarang dicapai mana-mana parti.”
Dalam Konvensyen PH di Shah Alam itu, melalui dokumen Muafakat PH, setiausahanya Saifuddin Abdullah mengumumkan pembahagian 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia yang dipersetujui bersama oleh empat parti dalam PH.
Ia memutuskan Bersatu akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia diikuti PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27 kerusi.
PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya Ogos tahun ini.

Muat turun senarai penuh agihan kerusi Pakatan Harapan Semenanjung Malaysia di sini. – 9 Januari, 2018.
TMI.

‘Nothing to hide’: Projek terowong P. Pinang dibuat melalui tender terbuka


Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi penjelasan terhadap laporan berniat jahat akhbar milik MCA, The Star mengenai projek pembinaan lebuhraya dan terowong dasar laut negeri itu.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini berkata laporan yang disiarkan tersebut jelas merupakan satu pembohongan.
Beliau menegaskan bahawa nilai harga tanah yang telah ditetapkan kerajaan negeri ialah RM208 juta dan bukannya RM3 bilion sebagaimana yang didakwa The Star.
“Harga yang kita tetapkan ini melebihi harga pasaran kerana kita nak menguntungkan dan memberi faedah kepada kerajaan negeri.
“Nilai pembangunan tanah sebenarnya RM1,300 perkaki persegi. Jadi, bukanlah RM3 bilion seperti yang dilapor oleh The Star – bohong! Ini fitnah. Bukan RM3 bilion tapi sebenarnya RM208 juta,” tegasnya.
Dakwaan The Star tiada asas
Beliau juga mempersoalkan nilai RM3 bilion yang didakwa akhbar tersebut dan menuntut supaya dakwaan itu dibuktikan.
“Mana datangnya (nilai) RM3 bilion yang The Star siarkan itu? Mungkin mereka dengar cakap cybertrooper BN.
“Kita nak tanya mana mereka dapat nilai RM3 bilion ringgit nilai pre-selling tanah itu? (dakwaan The Star) mengarut! Kita harap mereka dapat berikan bukti. Mana buktinya? Kita juga nak tau,” kata Guan Eng.
Menurut Setiausaha agung DAP itu, nilai tuntutan sebanyak RM208 juta kepada Zenith merupakan jumlah nilai bagi pembinaan tiga lebuhraya (bukan terowong) yang telah mendapat kelulusan EIA.
“Bagi terowong, satu sen pun kita tak bayar lagi walaupun feasibility study siap 92 peratus,” jelasnya.
Beliau menegaskan, buat masa ini, pembinaan tiga lebih raya tersebut adalah keperluan yang perlu diselesaikan segera melibatkan laluan Teluk Bahang – Batu Feringghi, Ayer Hitam – Tun Dr Lee Chong Eu dan dari Jalan Rawai ke Tun Dr Lee Chong Eu.
Menurutnya, semua kontrak dalam projek pembinaan lebuhraya dan terowong dasar laut ini dilakukan melalui tender terbuka yang diselia oleh sebuah jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa melibatkan Ketua Menteri mahupun Exco.
Pada tahun 2014, sebuah firma perunding bebas HSSI dilantik melalui tender terbuka bagi membuat penilaian ke atas tuntutan Zenith bernilai RM302 juta.
Setelah penilaian dibuat ke atas tuntutan Zenith, HSSI mendapati hanya RM208 juta yang layak dibayar kepada syarikat itu.
“Jangan kata yang kerajaan negeri pre-sell tanah itu kepada RM3 bilion. Itu satu pembohongan.
“Jangan tuduh yang feasibility study tak siap, tuduh kita (kerajaan negeri) dah buat bayaran. Kami tak bayar satu sen pun lagi. Kita akan bayar selepas siap dan diserahkan kepada HSSI dulu.
“SPRM dah mula siasat perkara ni sejak 2016. Sudah dua tahun dan sekarang, sebelum pilihanraya tiba-tiba semua laporan, dakwaan keluar,” katanya.
Guan turut mengingatkan bahawa Pulau Pinang satu-satunya negeri yang telah mencipta sejarah dan dipuji oleh Transparency International kerana melaksanakan tender terbuka. –Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena