Sunday, 14 January 2018

[Video SHAFIE APDAL bersama peniaga TAMU Tuaran Sabah (Parti Warisan Perjuangan Qu) & Gambar Najib dikoyak ahli Umno] SPRM tanya kekuatan Warisan ketika tahan saya, kata Naib Presiden Warisan.

Isnin, 15 Januari 2018


Image result for Gambar Shafie Apdal
Gambar Najib Razak DiKoyak Oleh UMNO Semporna.

SPRM tanya kekuatan Warisan ketika tahan saya, kata Peter Anthony

SPRM tanya kekuatan Warisan ketika tahan saya, kata Peter Anthony
Naib Presiden Warisan Peter Anthony mendakwa ketika ditahan pegawai SPRM bertanya kepadanya tentang kekuatan Warisan dan sama ada dia akan bertanding pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2018.

SELEPAS tujuh hari direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Naib Presiden Warisan Peter Anthony akhirnya bersuara menceritakan apa yang berlaku ketika dia ditahan.
Katanya penahanan pemimpin utama Warisan atas dakwaan rasuah merupakan taktik Barisan Nasional (BN) untuk mengumpul maklumat kekuatan parti itu.
“BN menggunakan segala macam taktik, memberikan bantuan, tangki biru, zink dan bantuan wang dan sekarang menahan orang yang mengancam kedudukan mereka,” katanya.
“Ketika saya ditahan, pegawai bertanyakan kepada saya tentang kekuatan Warisan, atau sama ada saya akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya beritahu mereka yang saya akan bertanding di Sibuga (di Sandakan) dan akan menentang Ketua Menteri Sabah Musa Aman di sana,” tambahnya.
Anthony direman tujuh hari minggu lepas berkaitan siasatan SPRM mengenai kegagalan urus niaga jual beli tanah di Tongod, Sabah.
Katanya kes itu bukan bidang kuasa agensi pencegahan rasuah itu. Dan kes itu sebenarnya kes lama dan dia sudah dibuktikan tidak terlibat dengannya oleh mahkamah Sabah pada 2015, tambahnya.
“Ia bukanlah kes untuk SPRM tetapi kes bahagian jenayah komersial polis,” katanya.
Anthony berkata penahanan beramai-ramai pemimpin parti itu tidak akan terhenti dan dia sudah memberitahu Presiden Warisan Shafie Apdal yang mereka berdua mungkin akan ditahan sekali lagi.
Ahli perniagaan berusia 47 tahun itu ditahan pada 5 Oktober 2017 dan sekali lagi pada 6 Januari tahun ini kerana didakwa terlibat dalam skandal penyelewengan dana persekutuan bernilai RM1.5 bilion yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan projek luar bandar Sabah, Shafie turut ditahan berkaitan siasatan itu.
Penahanan terbaru Anthony adalah berkaitan deposit 10% bernilai RM15 jutaurus niaga tanah gagal yang sepatutnya dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).
Peguam dilantik Risda, Michael Ubu yang bertanggungjawab menguruskan urus niaga pembelian tanah itu sudah menghilangkan diri dan SPRM masih tidak mempunyai maklumat di mana dia berada kini. – 14 Januari, 2018.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena