Sunday 14 January 2018

[Video Tun Mahathir di Majlis Pelancaran Rasmi PPBM SETIAWANGSA] Penyokong banjiri pelancaran bahagian Bersatu Setiawangsa.

Isnin, 15 Januari 2018

Antara hadirin yang membanjiri dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya malam tadi pada perasmian Bahagian Bersatu Setiawangsa, di Keramat, malam tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Januari, 2018.
Antara hadirin yang membanjiri dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya malam tadi pada perasmian Bahagian Bersatu Setiawangsa, di Keramat, malam tadi.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Januari, 2018.

Penyokong banjiri pelancaran bahagian Bersatu Setiawangsa

Penyokong banjiri pelancaran bahagian Bersatu Setiawangsa

KIRA-kira 500 penyokong Bersatu termasuk bekas ahli Umno hadir pada pelancaran Bahagian Bersatu Setiawangsa di dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya malam tadi bagi menyatakan sokongan mereka kepada parti. 
Antaranya ialah pesara kerajaan yang juga penyokong Umno yang turut hadir menyatakan sokongan mereka kepada Bersatu berikutan apa yang berlaku dalam negara kini. 
Pasangan suami isteri Abdul Razak Abdullah, 54 dan Rosiatimah Abu Hassan, 53 sebelum ini merupakan ahli Umno namun meninggalkan parti itu selepas menyedari parti itu menyimpang daripada perjuangannya. 
Kedua-duanya turut mendaftar sebagai ahli Bersatu malam tadi. 
Mereka berkata, mereka memilih bersatu adalah kerana Dr Mahathir. 
"Saya pernah bersama Umno dan sekejap bersama PAS. Tetapi PAS pun sudah tidak seperti dulu. Jadi saya bersama Bersatu sekarang. Ia satu-satunya parti yang saya lihat boleh disokong. Kehadiran Dr Mahathir menguatkan kepercayaan saya kepada pembangkang," kata Abdul Razak Abdullah. 
Isterinya turut menyuarakan pandangan yang sama. Katanya, satu-satunya sebab menyertai Umno sebelum ini adalah kerana Dr Mahathir. 
"Dengan Bersatu pun adalah kerana dia. Hanya dia yang saya percayai," katanya.
Antara hadirin yang menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad pada perasmian Bahagian Bersatu Setiawangsa, di Keramat, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Januari, 2018.
Antara hadirin yang menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad pada perasmian Bahagian Bersatu Setiawangsa, di Keramat, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 15 Januari, 2018.
Sememangnya sukar untuk memenangi Setiawangsa kerana ia adalah salah satu kubu kuat Umno. Tetapi perjuangan adalah lebih besar daripada Setiawangsa, kata ahli perniagaan berusia 67 tahun, Kamarul Athar. 
"Ini adalah kerusi selamat Umno. Terdapat kem tentera di sini. Jadi undi yang datang daripada kem itu akan bantu Umno untuk mengekalkan kerusi tetapi kami tidak akan biarkan mereka mendapatnya dengan mudah," kata Kamarul. 
Ahli perniagaan yang tinggal di kawasan berkenaan sejak sekian lama itu juga merupakan penyokong Umno sebelum ini. 
Dia bagaimanapun meninggalkan parti selepas pendedahan skandal 1Malaysia Development Berhad dan peristiwa pemecatan timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin, menteri kabinet Shafie Apdal dan menteri besar Mukhriz Mahathir.
"Sudah cukup. Saya yakin kita boleh buat perubahan. Saya yakin dengan perjuangan Bersatu," katanya. 
Tambahnya, faktor Dr Mahathir bukan sebab utama sokongannya kepada Bersatu tetapi pemimpin berusia 92 tahu itu lebih memberi keyakinan. 
"Saya tidak menyokong secara membuta tuli sahaja. Dr Mahathir tidak boleh buat sesuka hati sekarang. Pada usianya, beliau di sana hanya sementara. Say apercaya beliau mahu Anwar menjadi perdana menteri seterusnya," katanya. 
Kerusi Setiawangsa diwujudkan pada 2013. Barisan Nasional memenangi kerusi ini sejak tiga pilihan raya umum lalu. 
Pada 2013, calon BN Ahmad Fauzi Zahari memenangi kerusi itu daripada calon PKR Ibrahim Yaacob dengan majoriti 1,390 undi. – 15 Januari, 2018.
The Malaysian Insight.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena