Friday, 6 April 2018

[Video KENAPA SAYA KELUAR Umno & Umno Sendiri Langgar Perlembagaan Partinya?] Mana janji jutaan peluang pekerjaan pada PRU13 lalu?

Sabtu, 7 April 2018


Mana janji jutaan peluang pekerjaan pada PRU13 lalu?

Mana janji jutaan peluang pekerjaan pada PRU13 lalu?

Dr Ismail Salleh

Kerajaan harus menjawab, mana peluang jutaan pekerjaan yang mereka janjikan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu.
Apakah patut kerajaan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan baharu melalui janji dalam manifesto mereka, sedangkan janji lama dalam manifesto sebelum ini pun belum lagi tertunai.
Demikian soalan yang diajukan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dato Dr Ismail Salleh.
Jelas beliau, rakyat harus pastikan bahawa kerajaan, tanpa mengambil kira dari parti mana sekalipun untuk laksanakan janji-janji yang telah ditaburkan ketika berkempen semasa pilihan raya.
“Kerajaan harus tunaikan janji-janji lama terlebih dahulu sebelum menaburkan janji-janji baharu menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Rasa-rasanya berapa juta peluang pekerjaan pula yang akan mereka janjikan pada pelancaran manifesto BN nanti.
“Kita juga ingin tahu mana jutaan peluang pekerjaan yang mereka janjikan semasa pilihan raya umum 2013 yang lalu, ” ujarnya lagi.
Malah menurut laporan Kementerian Sumber Manusia, hampir 35,000 pekerja telah hilang pekerjaan mereka pada tahun 2017 yang lalu.
Sementara itu seramai 1,065 pekerja pula telah pun dibuang kerja pada bulan Januari 2018.
Manakala sektor pembuatan adalah sektor yang paling ramai pengurangan tenaga kerja pada tahun 2017 dengan jumlah seramai 25,370 orang.
Bagi sektor perkhidmatan pula adalah seramai 1,476 orang.
Untuk sektor peruncitan seramai 1,275 orang dan sektor kewangan pula adalah seramai 1,210 orang.
Sehubungan itu saran beliau lagi, rakyat harus senantiasa peka terhadap setiap janji yang ditaburkan menjelang pilihan raya umum yang begitu hampir.
BN dijangka akan melancarkan manifesto mereka secara langsung di Axiata Arena pada hari Sabtu 7 April jam 8.30 malam.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena