Saturday, 7 April 2018

[Video Pengasas DAP terima penjelasan mengapa guna logo PKR & SPR: Tarikh PRU 14 ditetapkan selepas semua DUN bubar] BENARKAH? EXCO KEDAH bakal calon BN Parlimen MERBOK ada hutang RM48 juta?

Sabtu, 7 April 2018

BENARKAH EXCO KEDAH DAN DIKATAKAN BAKAL CALON BN PARLIMEN MERBOK ADA HUTANG RM48 JUTA?


Ahli Exco Kedah, Tajul Urus Mohd Zain kini disebut-sebut sedang berada di senarai teratas untuk bertanding di kerusi Parlimen Merbok dalam pilihanraya akan datang.

Namanya sedang menjadi sebutan ramai - dari Alor Setar hingga ke Putrajaya - dan Tajul Urus sendiri boleh dikatakan gembira dengan perkembangan tersebut.

Beliau dipercayai menjadi pilihan pihak tertentu yang rapat dengan Najib Razak dan kebiasaannya, adalah terlalu sukar untuk Perdana Menteri menolak kehendak pihak terbabit.

Kerusi Parlimen Merbok sekarang dipegang oleh Prof. Dr. Ismail Daut yang berjaya menewaskan pencabarnya,  Nor Azrina Surip daripada PKR dalam pilihanraya 2013 yang lalu dengan majoriti 4,122 undi.

Tajul Urus pula adalah Adun Tanjung Dawai merangkap Exco Negeri Kedah setelah menang menewaskan calon Pas, Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dengan majoriti 3,780 undi.

Pada pilihanraya umum 2008, Tajul Urus dipilih sebagai calon BN untk kerusi Parlimen Merbok, tetapi beliau tewas kepada Rashid Din daripada PKR dengan kekurangan 3,098 undi.

Dengan yang demikian, kiranya benar Tajul Urus dikembalikan untuk bertanding di Parlimen Merbok, ini tidak ubah seperti cubaan menebus kembali kekalahannya dalam pilihanraya 2008 yang lalu itu.

Soalnya, apakah Tajul Urus benar-benar calon yang "winnable" dan bukan liabiliti kepada UMNO dan BN?

Berdasarkan dokumen mahkamah yang diterima, beliau dipercayai ada mempunyai hutang sebanyak RM48 juta dengan sebuah bank berkaitan projek pembinaan kilang di Sabah.

Akibat kegagalan membuat pembayaran, bank tersebut telah menyaman tiga defendan, termasuk Tajul Urus pada 2016 dan pihak mahkamah pada 2017 telah mengarahkan pembayaran sebanyak RM48 juta itu terhadap ketiga-tiga defendan.

Pada 26 Mac lalu, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan ketiga-tiga defendan berhubung rayuan mereka terhadap pembayaran hutang tersebut.

Ini menjadikan ketiga-tiga defendan tersebut terpaksa membayar hampir RM70 ribu sebulan kepada bank berkenaan.

Sekiranya benar Tajuk Urus masih berada di senarai teratas untuk dipertaruhkan bertanding dalam pilihanraya akan datang, lebih-lebih lagi jika dipindahkan bertanding di peringkat Parlimen, adakah beliau, dalam keadaan bebanan hutang yang ditanggungnya sekarang ini, benar-benar merupakan calon yang layak, "winnable" dan tidak merupakan suatu liabiliti kepada UMNO dan BN? (ShahbudinHusin 07/04/2018)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena