Thursday 12 April 2018

[Video PENGANALISIS POLITIK SALAH DI PERLIS & Jangan buat lekeh orang Perlis] Janji 2 dalam 100 hari: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat & Muafakat ANWAR-MAHATHIR untuk menjana perubahan 'Menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan'.

Khamis, 12 April 2018

Foto Mohamad Abd Rashid.
Foto Parti Amanah Negara.
Janji 2 dalam 100 hari : Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat.

Insentif yang secukupnya akan diberi untuk meningkatkan bekalan keperluas asas supaya tekanan kenaikan harga boleh dikurangkan dalam masa jangka panjang.

Sumbangkan RM15 atau lebih untuk bantu kempen HARAPAN di amanah.org.my/dana hari ini.

MUAFAKAT DENGAN TUN MAHATHIR UNTUK MENJANA PERUBAHAN - ANWAR


Saya tidak tahu mengapa pimpinan UMNO menganggap kerjasama saya dan Tun Mahathir sebagai satu perkara yang janggal kerana kami telah bermusuhan begitu lama.

Pernah saya jelaskan bahawa kesediaan Tun Mahathir menjalin persahabatan telah saya terima dengan baik dengan semangat bersilaturrahim. 

Saya musykil mengapa Umno begitu takut dengan gabungan Tun Mahathir dan Anwar. 

Muafakat ini juga adalah kerana tekad kami bersama untuk menjana perubahan. Negara kini menjadikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebagai budaya. 

Skandal skala besar saperti 1MDB dan Felda cuba dilindungi. Maka hanya dengan perubahan kuasa, negara dapat dikemudi berdasarkan Perlembagaan dan hukum.

PRU14 adalah kesempatan terbaik bagi rakyat menentukan masa depan negara menghentikan kezaliman dan membebaskan rakyat dari segala bentuk penindasan.

Anwar Ibrahim 
12 April 2018

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena