Tuesday 2 October 2018

[Video Untuk Hadi Awang! "Saya Bukan Pergi Sembahyang di Kuil!" - Anwar] Bila meludah ke langit, yang kena...& Mengapa Hadi terlalu marah atau takut kepada Anwar? Kenapa?

Selasa, 2 Oktober 2018
Bila meludah ke langit. Lebih sami dari sami pula... 

Image may contain: 1 person, standing and text

Tumpang sekole.
Apa yang Hadi Awang mahu? Apa gerangannya Hadi terlalu marah atau takut dengan Anwar Ibrahim? Persoalan ini berlegar di kepala ramai ahli dan pemimpin PAS sendiri. Bagi segelintir rakyat bukan Melayu yg bersimpati dengan PAS, ketiadaan Nik Aziz Nik Mat dan terbentuknya Amanah menyebabkan mereka tidak lagi berminat dengan PAS. 

Kenyataan dan tindak tanduk Hadi secara unilateral dalam banyak hal menyebabkan PAS kelihatan berundur ke belakang dalam arus perdana politik Malaysia baru. Pas atau lebih tepat Hadi barangkali terlupa kita kini berhadapan dengan generasi internet, digital. Dari Sabah hingga ke Perlis, masyarakat kita sudah bertukar menjadi masyarakat berteknologi- technological natives. 

Maksudnya, maklumat dan ilmu bukan lagi monopoli mana mana kaum dan bangsa. Petani tua di Kuala Berang dan orang Asli di Cameron Highland sudah ada sel phone, dan anak cucu mereka pandai berinteraksi dengan iPad, Iphone yang menjadi sebahagian daripada budaya kehidupan. 

Budaya whatapps, facebook, ig, dan teknologi iCloud merakam dan menyimpan apa saja maklumat dan perbuatan kita. Kalau kitab besar di Loh Mahfuz akan mengadili amalan kita di akhirat nanti, Allah mencipta iCloud sebagai kitab rujukan untuk kehidupan dunia. 

Transpirasi globalisasi menuntut makhluk supaya lebih berwaspada dalam setiap tindakan mereka. Kita dituntut menegakkan keadilan dan Ihsan, malangnya keadilan dan ihsan ini disempitkan pengertiannya untuk kepentingan politik sempit. 

Kalau kita putar kembali tindakan dan ucapan Hadi Awang sejak memimpin PAS pasti kelihatan ketempangan dan kefasadan di sana sini. Biarlah ahli PAS sendiri bermuzakarah berkenaan kepemimpinan dan pemikiran Hadi. Tulisan ini hanya ingin menjawab persoalan di atas, mengapa Hadi terlalu marah atau takut kepada Anwar? Kenapa? 

Sepanjang yang diketahui, sejak Anwar menyertai UMNO tahun 1982 hingga kini, Hadi tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai pemimpin ummah, jauh sekali memuji keterampilan Anwar sebagai pemikir dan pejuang bangsa. 

Ketika seluruh pimpinan Pakatan Rakyat menjulang Anwar sebagai bakal PM dalam PRU 12 dan 13, Hadi terus membisu malah secara sembunyi berpakat dengan Tengku Razaleigh dalam PRU13. Sekiranya Nik Aziz masih hidup beliau boleh menceritakan bagaimana Hadi menjadi petualang kepada kegagalan projek 16 September selepas PRU12. 

Hadi pernah marahi Anwar kerana menjadi khadam Dr Mahathir selama 16 tahun. Satu peristiwa yg Anwar tidak akan lupa. Kemarahan Hadi dijawab Anwar dengan mengucap terima kasih kepada Hadi kerana membantu Wan Azizah ketika beliau di penjara. Kini PAS bersendirian. Kerjasama dengan UMNO dalam PRU14 tidak berhasil. PAS terpalit dengan dosa IMDB dan masa akan menentukan survival PAS. 

Pakatan Harapan sudah membentuk kerajaan. Walaupun ada yang kurang sempurna, kerajaan PH akan pertahankan naratif politik Malaysia yang merentasi kaum dan agama bagi menyelamatkan negara dan rakyatnya daripada kehancuran. Antara faktor terbesar kemenangan PH ialah kesepakatan bahawa Dr Mahathir sebagai PM ke 7 dan Anwar PM ke 8. Kedua dua mereka tidak memegang sebarang jawatan parti, tetapi diangkat sebagai PM dan bakal PM kerana ketokohan mereka diakui dunia. 

Seandainya nama Anwar tidak dimaktub sebagai PM ke 7, mustahil PH mampu mengalahkan BN. Hadi memahami hakikat ini tetapi kerana marah atau takut kepada Anwar beliau sanggup menyokong kemungkaran Najib daripada membela keadilan untuk Anwar. 

Anwar faham Nabi diutuskan untuk membangunkan ummah dan mengeluarkan mereka daripada kegelapan kesukuan dan kejumudan. Sedangkan Hadi mahu membangunkan Islam dan membiarkan ummah dalam kejahilan dan kemiskinan. Sesungguhnya Islam sudah terbangun sejak Adam hingga khiamat. Allah tidak menyuruh kita membangunkan Islam kerana Islam tidak pernah mundur dan maju. 

Yang mundur dan maju dan perlu dibangunkan ialah ummahnya. PAS perlu mengkaji semula arah tuju dan pendekatan parti untuk terus relevan dalam politik Malaysia era baru. - f/bk 
Image may contain: one or more people and text
Tumpang sekole.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena