Thursday 9 May 2019

BLACK DAY 9 Mei 2018 Setahun Berkuburnya Kerajaan Umno & Terkuburnya Impian LEBAI NAK JADI MENTERI! Fitnah BN akhirnya makan diri RM170 juta masuk ke akaun syarikat misteri? [Video SAH FILEM TAK SENONOH RIZA GUNA DUIT 1MDB]

Khamis, 9 Mei 2019
Jom Channel
1. SAH FILEM TAK SENONOH RIZA GUNA DUIT 1MDB 2. DULU LAWAN TETAP LAWAN, SEKARANG TAKUT SRI RAM 3. PUTRAJAYA FAIL SAMAN PELUCUTHAKAN BARANGAN NAJIB DAN ROSMAH 4. BERSATU JOHOR TOLONG BERSATU!
Imej mungkin mengandungi: teks
Alex Wong/Tak Nak BN
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
RM170 juta masuk ke akaun syarikat misteri?
Akaun siapakah 'akaun peribadi AmBank yang tidak dinamakan' itu?
Krikk.. Krikk.. Krikk..
Tahun lepas dalam tahun 2018, tarikh 09 Mei, rakyat Malaysia telah mencipta satu sejarah baru negara, Iaitu menumbangkan Regim Najib dan kerajaan UMNO Barisan Nasional...
Tidak siapa menyangka, ketika DS Anwar dipenjarakan... Tun Mahathir mengambil peranan mengetuai pembangkang, Pakatan Harapan menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional...
Tahun lepas pada tarikh yang sama, DS Najib melakukan segala-galanya untuk mengagalkan Pakatan Harapan untuk menang Pilihanraya, dari sebelum PRU-14, sehinggalah di hari berkempen dan pengiraan undi...
Hanya tinggal beberapa bulan lagi Parlimen dibubarkan, SPR yang menjadi alat Regim Najib dan UMNO mengubah lokaliti, persempadanan semula kawasan mengundi... Hatta SPR menjadi alat BN dan UMNO di hari pencalonan dan malam pengiraan undi untuk menyelamatkan UMNO... Kalau tidak kerana persempadanan semula ini, UMNO akan kalah lebih besar...
Manakala hari mengundi dibuat pada hari Rabu... Hari bekerja, peliknya keputusan SPR menetapkan hari mengundi pada hari Rabu itu disokong TG Hj Hadi Awang... Tetapi rakyat tetap pulang untuk menumbangkan Regim Najib dan UMNO...
Waktu kempen PRU-14, Pakatan Harapan dilarang menggunakan gambar pemimpin Pakatan seperti gambar Tun Mahathir, DS Anwar dan Wan Azizah... Pergerakan Mahathir disekat... Manakala Regim Najib dan UMNO mereka sebebas-bebasnya menggunakan seluruh jentera kerajaan, media kerajaan hatta semua media dalam negara...
Lebih pelik, ucapan pemimpin PAS, Haji Hadi diberi ruang seluas-luasnya menyerang Pakatan di media milik UMNO... PAS diberi ruang untuk menyebarkan kebencian kaum dan agama terutama memainkan sentimen kebencian kepada DAP...
Ketika itu tidak siapa menyangka, rupanya berlaku rancangan dan kerjasama sulit antara Najib dan Haji Hadi, antara PAS dan UMNO... Dari cerita sandiwara dan lakonan pembentangan RUU 355, sehingga segala bantuan jentera, duit UMNO yang disalurkan kepada PAS untuk berkempen dan menewaskan Pakatan Harapan...
Pada perkiraan Najib dan Haji Hadi, jika UMNO gagal mendapatkan kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan di Putrajaya, sudah pasti dengan kemenangan PAS di Terengganu dan Kelantan hasil kerjasama sulit mereka dapat selamatkan Najib, Rosmah dan UMNO di Putrajaya...
Memang benar, rencana jahat Najib dan Haji Hadi hampir berjaya, PAS berjaya di Terengganu dan Kelantan biar pun tidak menepati teori King Maker yang diharapkan menguasai 5 negeri...
Cuma Allah selamatkan kita dari kesilapan Najib yang rakus memecat Muhyidin Yasin di Johor dan Shafie Afdhal di Sabah, akhirnya Pakatan berjaya membentuk kerajaan dari hasil kerusi Johor dan Sabah... Tidak hairanlah rencana 'Deep State' hatta menggunakan pengaruh Istana cuba dibuat bermula di Johor...
Memang benar... Mereka merancang segala kejahatan, tetapi Allah sebaik-baik perancang... Walau pun pelbagai strategi licik, keji digunakan... Hatta agama dipergunakan... Regim Najib dan UMNO tetap tumbang... Ia pasti mengejutkan kepada perencana segala kejahatan ini...
Dan tidak hairanlah kemarahan mereka, terutama kelompok agama ini tidak pernah padam... Dan hari ini mereka bersatu dalam terang... Allah telah tunjukkan kepada kita wajah sebenar mereka... Dan ini satu petanda baik bagi menghadapi PRU-15...
Hanya dengan kegagalan pemimpin PH menyelesaikan masalah ekonomi dan kebajikan rakyat saja yang membolehkan PH tumbang di Putrajaya... Itu sebabnya mereka sedaya upaya untuk mencipta huru hara, mainkan sentimen perkauman & agama bagi menumbangkan kerajaan PH sebelum waktunya... Sebelum PH dapat menunaikan janji dan melakukan pemulihan ekonomi...
Apa pun aku berterima kasih kepada Allah, kerana datangkan Tun Mahathir untuk menyelamatkan kita semua dari perancangan jahat, kerjasama sulit UMNO dan PAS ketika PRU-15... Benarlah kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz... Kalau Tun Mahathir bersama kita, kita dapat menumpang tuah, sebab Tun Mahathir ini orang bijak... cerdik...
Dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga tidak pernah silap apabila mengatakan kepada kelompok dalam PAS hari ini yang berusaha membina kerajaan perpaduan sebagai boneka UMNO... Dan hari ini kita dapat melihat kebenaran dari apa yg pernah diucapkan Tok Guru Nik Aziz... Mereka terus menjadi boneka UMNO...

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena