Friday 10 May 2019

Tun M kesal polis tangkap penulis ‘kritik anak raja’ & Pipiyapong tidur lokap kerana 'akta sakit hati' [Video Sandakan "Kalau mahu bebaskan Bosskurr PERASUAH sila sokong BN"]

Sabtu, 11 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: teks

PM kesal polis tangkap penulis ‘kritik anak raja’

Penulis dan Ketua Pengarang Neon Berapi, Firdaus Abdillah Hamzah @Pipiyapong ditahan malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor. Kemungkinan besar ditahan bawah #AktaSakitHati sebab satu tweet pasal anak raja.
Selepas setahun berkuasa, kerajaan baru sepatutnya jangan ikut perangai buruk rejim lama yang suka gunakan undang-undang untuk sekat pengguna media sosial, dan suka tahan orang sebab "sakitkan hati" orang lain di Twitter.

BEBASKAN PIPIYAPONG.
.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tangkap seorang penulis susulan “satu tweet pasal anak raja”.
‏”Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu. Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi.
“Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” katanya.
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kesal dengan tangkap seorang penulis susulan “satu tweet pasal anak raja”.
‏”Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu. Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi.
“Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara,” katanya.



Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu.Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi. Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara
Mahathir ketika mengulas konfliknya dengan istana Johor sebelum ini berkata tidak baik untuknya mengkritik raja-raja susulan kedudukan mereka.
Bagaimanapun, berkaitan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Mahathir menggelar putera raja itu sebagai “budak mentah” dan “bodoh”.
Pereka grafik terkenal Fahmi Reza awal petang ini menulis di Facebook, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong, ditahan malam tadi di Balai Polis Tampoi, Johor.
“Kemungkinan besar ditahan bawah #AktaSakitHati sebab satu tweet pasal anak raja,” katanya.
Beliau berkata, selepas setahun berkuasa, kerajaan baru sepatutnya tidak mengikut perangai buruk rejim lama yang suka gunakan undang-undang untuk menyekat pengguna sosial.
Menulis di Twitter, Mahathir menegaskan tidak ada mana-mana pemimpin di Malaysia yang bebas dari kritikan.

Pipiyapong tidur lokap kerana 'akta sakit hati'

Penulis kreatif dan penerbit buku, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong telah ditangkap di Kuala Lipis, Pahang dan ditahan semalaman di balai polis daerah itu, sebelum dibawa ke Balai Polis Tampoi, di Johor pagi tadi.
Berita penangkapan Pipiyapong telah dimuat naik oleh aktivis, Fahmi Reza melalui laman facebook peribadi beliau.
Fahmi yang terkenal dengan 'karikatur badut' juga mengkritik kerajaan sekarang supaya tidak mengikuti perangai kerajaan dahulu dengan menyekat pengguna media sosial.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena