Friday 10 May 2019

Mentaliti Penyamun setelah TERSUNGKURRR PRU14 "Kalau pandai seleweng dia bagi GRED A"? KWAP (Kumpulan Wang AKU Punya) & KWSP (Kumpulan Wang SAYA Punya)? Pipiyapong bebas, telefon dirampas [Video SETAHUN PH, PESANAN ANWAR IBRAHIM

Sabtu, 11 Mei 2019
Jom Channel
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan penghargaannyakepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang menjadikan harapan rakyat menjadi realiti. "Saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusaha menggembeleng seluruh tenaga dan pihak dari kalangan pembangkang ketika itu dalam usaha merubah lanskap politik negara ke tahap yang kita kecapi hari ini" katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun kemenangan PAKATAN HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Imej mungkin mengandungi: teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu.Kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi. Kecuali ugutan, fitnah, atau penghinaan terhadap raja-raja yang memerintah, mana-mana pemimpin boleh dikritik tanpa mengakibatkan terjejasnya hak rakyat untuk bersuara
Saya merasa kesal dengan tindakan menangkap penggiat media sosial tersebut. 3/3

Pipiyapong bebas, telefon dirampas

Penulis kreatif dan penerbit buku, Firdaus Abdillah Hamzah atau lebih dikenali sebagai Pipiyapong telah dilepaskan dengan jaminan polis, maklum sumber yang dekat dengan kes ini.
Pembebasan Pipiyapong dibuat kira-kira sejam selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkicau di Twitter menyatakan rasa kesal dengan berita tangkapan seorang penulis susulan “satu tweet mengenai anak raja".
Sumber memberitahu Malaysiakini, berkata Pipiyapong telah menyerahkan telefon bimbitnya kepada pihak polis selepas diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
Pipiyapong, kata sumber telah dibebaskan sekitar jam 4.45 petang tadi di Balai Polis Tampoi Johor Bahru.
“Semalam dia (Pipiyapong) ditahan di Kuala Lipis Pahang dan dibawa ke Balai Polis Johor sekitar jam 11 malam.
“Pagi ini dia (Pipiyapong) dibawa ke mahkamah untuk proses tahan reman dan petang tadi baru dijalankan siasatan,” katanya.
'Akta sakit hati'
Berita penangkapan Pipiyapong telah dimuat naik oleh aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza melalui laman facebook peribadi beliau tengah hari tadi.
Fahmi yang terkenal dengan 'karikatur badut' juga mengkritik kerajaan sekarang supaya tidak mengikuti perangai kerajaan dahulu dengan menyekat pengguna media sosial.
Fahmi melalui hantaran itu juga berkata Pipiyapong berkemungkinan besar ditahan dibawah 'akta sakit hati' berkaitan ciapan mengenai seorang anak raja.
Dr Mahathir pada siri ciapan di Twitternya petang ini menjelaskan rakyat bebas untuk mengkritik pemimpin jika perlu dan menekankan kebebasan bersuara adalah penting di dalam sesebuah demokrasi.
Kemudiannya, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah istana Johor tiada kaitan dengan penahanan seorang penulis yang dikatakan mengkritik seorang putera raja.
Mengulas lanjut hal ini, sumber memaklumkan Pipiyapong ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 namun menyifatkan akta tersebut disalah guna.
“Akta Seksyen 233 tidak patut disalah guna.
“Ini kerana tiada kenyataan bertulis dikeluarkan oleh Pipiyapong yang boleh disabitkan atas Seksyen tersebut,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut sumber lagi, siasatan terhadap kes ini boleh dianggap remeh dan tiada keperluan untuk penulis itu ditahan semalaman.
Menurut sumber lagi, buat masa ini, tiada tindakan lebih lanjut dilihat untuk susulan kes Pipiyapong.
“Buat masa ini tiada apa-apa pertuduhan lagi, kami sedang menunggu keputusan dari pihak polis.
“Saudara Firdaus (Pipiyapong) juga telah memberi kerjasama sebaiknya dari awal ditahan sehingga dilepaskan,” katanya.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kesalahan bagi penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian bagi menyebarkan kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam dan jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena