Wednesday 31 July 2013

Mukhriz Tengok ni Sat Kedah Aman Makmur : Industri Ayak Ketum, Pengedar tumbuh macam Cendawan?

Khamis, 1 Ogos 2013
Ayak Ketum Campuk ubat batuk, memang dah top di Kedah, pergi di daerah mana depa dah juai macam ayak tebu bro.....

Pengedar ketum nangis teresak , TERKENAL DENGAN PANGGILAN KELADU!!!
BALING- Terfikir perayaan Aidil Fitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam.

Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai.
Ketua Polis Daerah Baling, Superetendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri.

Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit.

"Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pemuda terbabit menangis ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Ladang Daun Ketum
"Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi 'runner' dalam penjualan ketum ini. Polis akan memastikan ke semua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.

Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum ini.

Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di kawasa sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu.
Daun ketum penguat tenaga batin
Pemuda terbabit bakal menyambut Aidil Fitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara mandotori kepada pemuda terbabit.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Kedahkini.


Daun ketum mungkin dikategori Akta Dadah Berbahaya
Sunday, July 07, 2013  

PUTRAJAYA - Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti laporan daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang mengenai perkara itu.
 
"Jika ianya berada pada tahap yang mengikut pakar perubatan dari segi penagihan boleh menyebabkan berlakunya penagihan berulang maka tentu Akta Dadah Berbahaya boleh dipinda untuk memasukkan daun ketum atau sama kategori dengannya untuk diletakkan dalam kategori itu.
  Foto
AIR ketum yang dibungkus dan sedia untuk dijual.
"Jika akta yang ada sekarang ini mencukupi untuk meletakkan daun ketum sebagai satu unsur dadah berbahaya, tentu ianya boleh dilakukan dari segi pentadbiran untuk menguatkuasakannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AntiDadah Antarabangsa di sini hari ini.
 
Khamis lepas seorang anggota Parlimen mengulang gesaan agar undang-undang berkaitan penyalahgunaan daun ketum diletak di bawah Akta Dadah Berbahaya berbanding Akta Racun 1952.

Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu) berkata gesaan itu berikutan masalah ketagihan daun ketum dalam kalangan anak muda di negara ini, terutama di kawasan utara, semakin serius sehingga melibatkan pelajar sekolah.
 
Sementara itu, Zahid berkata sehingga tengah malam tadi skuad khas bagi membanteras dadah yang baru ditubuhkan kementerian menahan 200 pengedar dadah dengan kebanyakan tangkapan dibuat di Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Ditanya sama ada skuad khas ini akan turut melibatkan Polis Antarabangsa (Interpol), Zahid berkata setakat ini ia tidak melibatkan Interpol.
 
"Tetapi kita bekerjasama dengan Interpol mengenai sindiket dadah. Skuad khas ini hanya untuk kegiatan dadah Malaysia. Jika ia melibatkan sindiket antarabangsa memang kita akan sentiasa bekerjasama dengan Interpol," katanya.
 
Terdahulu dalam ucapannya Zahid berkata 67 peratus penagih dadah yang dikesan tahun lepas adalah remaja dan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun.
 
Dengan penubuhan Skuad 1Malaysia iaitu sukarelawan antidadah di kalangan remaja dan belia yang kini mencecah 255,256 orang, Zahid berharap ia akan membantu memberi kesedaran mengenai bahaya dadah. - Bernama



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena