Wednesday 31 July 2013

Linangan air mata iringi MALCOY 9 BERLEPAS KE LUBNAN LAKSANA MISI UNIFIL

Khamis, 1 Ogos 2013
Sebak kerana terpaksa berpisah dengan suami dan anak tambahan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi...
Foto

Subang Jaya: Linangan air mata keluarga mengiringi pemergian kumpulan kedua Malaysia Kontinjen 9 (MALCOY 9) yang akan berkhidmat di Lubnan selama setahun.

Malah rata-rata ahli keluarga pegawai dan anggota membabitkan seramai 152 orang tidak dapat menahan sebak kerana terpaksa berpisah dengan suami dan anak tambahan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi.
Upacara penyerahan Jalur Gemilang kepada Komander MALCOY 9 sebelum berangkat ke Lubnan - mykamarul
Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata, MALCOY 9 menjalani latihan kursus selama tiga bulan merangkumi sebulan latihan perkhidmatan tunggal dan dua bulan latihan integrasi.

Menurutnya, latihan itu dikawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di Kompleks Markas 4 Brigade dan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) di Kuantan, Pahang.

“Malcoy 9 keseluruhannya berjumlah 310 pegawai dan anggota membabitkan dua penghantaran. Penghantaran pertama sudah disempurnakan pada 23 Julai lalu membabitkan 158 orang dan hari ini (semalam) seramai 152 orang.

“Diharapkan dengan latihan kursus itu mempersiapkan anggota MALCOY 9 daripada aspek mental dan fizikal,” katanya

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena