Wednesday 31 July 2013

Seorang Lagi Mati Kena Tembak di Parit Buntar...

Rabu, 31 Julai 2013
Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan...




KUALA LUMPUR: Dalam heboh masyarakat bercakap soal kebimbangan berikutan kejadian tembak di sana-sini, hari ini satu lagi kes sama berlaku di Parit Buntar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, seorang lelaki ditemui maut dengan tiga kesan tembakan pada tubuhnya di kawasan persimpangan Jalan Permai 2.

Lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menunggang motosikal sebelum orang ramai mendengar bunyi tiga das tembakan.

Polis menemui dua kesan tembakan di rusuk kanan dan kesan tembakan di perut serta menemui tiga kelongsong peluru di tempat kejadian yang berdekatan Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan kejadian dan polis masih menjalan siasatan lanjut.Harakahdaily.
Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan...



Photo



PARIT BUNTAR : Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa. Satu di bahagian hati dan satu di bahagian perut.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan.
Berita Harian./Posted by Idham Lim at 2:42 PTG

Tembak: Apa motif di sebalik pembunuhan?
"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? 

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas perlu diwujudkan bagi mengenal pasti punca berlakunya pembunuhan menggunakan senjata api yang begitu kerap berlaku kebelakangan ini.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi memastikan bagaimana senjata api yang digunakan begitu mudah memasuki negara ini, selain mencari pembekal senjata api tersebut.
Photo: Kenyataan Media (29 Julai 2013)
 
PROJEK GAJAH PUTIH: GESA SELESAIKAN SEGERA

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melahirkan kekesalan berikutan beberapa projek yang boleh disifatkan sebagai ‘gajah putih’ yang menggunakan nama Institusi DiRaja terbiar dan tidak diurus dengan baik. 

Antara yang pernah kami nyatakan tentang naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) yang bernilai RM 42 Juta dilihat masih gagal merancakkan jadual penerbangan dengan kos yang telah dibelanjakan.

Apa yang ingin kami bawa, satu lagi projek ‘gajah putih’ iaitu Hentian Rehat dan Rawat di Jabatan Raja Muda Nazrin dan Resort Tasek Raban, Lenggong. 

Perancangan menaik taraf jalan Lenggong – Sauk dan juga melibatkan pembinaan Jabatan Raja Muda Nazrin pada tahun 2006 masih dibiarkan Hentian yang turut dibina tanpa difungsikan sebaik mungkin malah masih ditutup. 

Walaupun pada tahun 2009 Institut Skill-Tech telah mengambil alih pengurusan Hentian tersebut, tetapi ianya ibarat ‘indah khabar dari rupa’.

 Seperkara lagi yang kami lihat, walaupun Ahli Parlimen Kawasan Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang pernah menyuarakan masalah ini tahun lepas nampaknya masih tidak berhasil. 

Kami melihat dengan usaha Majlis Daerah Lenggong yang sedang berusaha membaik pulih infrastruktur Hentian tersebut pada tahun ini bukannya akan menyelesaikan masalah dalam jangkamasa pendek. 

Kami persoalkan juga, kenapakah perlu membazirkan lagi ‘wang rakyat’ dengan projek ‘gajah putih’ yang tiada penghuni tersebut!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss
Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, berkata insiden jenayah membabitkan penggunaan senjata api yang berlaku kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan, khususnya tentang mudahnya senjata pembunuh itu digunakan penjenayah untuk menembak sesiapa yang diingini mereka.

Ia juga memperlihatkan gambaran keselamatan di negara ini masih longgar apabila insiden itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat antara satu kejadian dengan kejadian lain.

"Persoalannya, siapakah yang menjadi pembekal senjata api dan motif pembunuhan di dalam negara ini? Apakah pembekal senjata api itu berada di Malaysia atau mereka juga dilindungi oleh pihak tertentu?" soal beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.
Photo: Jangan lupa beli jaket kalis peluru
Beliau yang melahirkan kerisauan dan curiga dengan kejadian pembunuhan menggunakan senjata api ini mengharapkan pihak polis menjalankan tugas mereka agar isu keselamatan di dalam negara ini tidak mencemaskan kebanyakan rakyat yang dilihat mampu membawa kesan negatif terhadap industri pelancongan dan keyakinan pelabur.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Dalam pada itu, Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata suasana tersebut menunjukkan para penjenayah sudah tidak gentar dengan kehadiran pasukan keselamatan, lebih-lebih lagi apabila kejadian tersebut berlaku di tempat terbuka, selain berlaku pada waktu siang.
"Kamera litar tertutup yang dipasang dilihat seolah-olah tidak berfungsi untuk membendung kejadian jenayah membabitkan penggunaan senjata api. Kehadiran polis juga tidak berjaya mematahkan strategi dan modus operandi penjenayah dalam menjayakan misi pembunuhan mereka," tegas beliau.

Tambah beliau, insiden ini menunjukkan bahawa Malaysia bukan lagi satu destinasi aman dan selamat bagi rakyat, malah sesiapapun apabila ia mirip seperti negara Amerika Selatan, Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki rangkaian kartel dadah terbesar hingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh upahan mampu bermaharajalela.
Isu ini, tegas Khairul Faizi perlu ditangani serta-merta dengan tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa lain.

"Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional dan rakyat biasa sekalipun sudh tentu berasa terancam dengan keadaan muktahir ini yang memerlukan satu pasukan khas bagi membanteras jenayah ini hingga ke akar umbi," tegas beliau lagi. Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena