Sunday 28 July 2013

PETISYEN PRU13 Anwar berang: Tidak masuk akal, cara hakim-hakim menolak kes atas alasan teknikal tanpa membenarkan dibicarakan...

Ahad, 28 Julai 2013
Anwar berang dengan kadar petisyen p'raya ditolak
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berang dengan kadar mahkamah menolak kes petisyen pilihan raya umum ke-13 yang difailkan oleh calon-calon Pakatan Rakyat.

Anwar berkata, peguam beliau akan membuat satu pendirian yang kuat esok mengenai perkembangan berkaitan dengan penolakan petisyen pilihan raya, di mana calon-calon juga diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka.

"Peguam kami akan membuat pengumuman mengenainya di KL, kami sedang berbincang tindakan kami selanjutnya," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Seberang Jaya malam tadi.
Beliau menyifatkan sebagai tidak masuk akal dan tidak betul, cara hakim-hakim menolak kes-kes tersebut atas alasan teknikal tanpa membenarkan kes-kes itu dibicarakan.

Malah, kata Anwar, Pakatan juga tidak boleh menerimanya sekiranya perkara yang sama juga berlaku kepada petisyen yang difailkan oleh BN.

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Kedua-duanya yang kalah kepada calon BN dalam pilihan raya umum lalu, diperintah membayar kos - Abdul Halim RM10,000 dan Muhammad Baktiar RM30,000 - kepada lawan mereka, pegawai pengurus piihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi (kanan) diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Manakala lawan calon PKR bagi Parlimen Batu, Tian Chua - calon dari BN Dr Dominic Lau - yang ditolak petisyennya, diperintahkan membayar RM50,000 kepada Tian, selepas peguam calon PKR bertegas mengenainya dalam prosiding mahkamah. Mk.
SPR tidak tertekan dengan petisyen PRU13: Timbalan Pengerusi
2013/07/15 
KUANTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merasa tertekan dengan petisyen berhubung beberapa keputusan pilihan raya umum lepas, kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini. 

Beliau berkata, sekiranya diminta SPR akan mempamerkan bukti-bukti menjalankan kerja mengikut undang-undang dan peraturan. 
"Kita tak tertekan (dengan petisyen) sebab yakin kita buat kerja mengikut undang-undang. 

"Berbeza dengan segelintir pihak yang tidak baca semua undang-undang dan tahu nak menang (pilihan raya) sahaja," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat post-mortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi negeri Pahang di sini. 
Beliau berkata, sebarang keputusan yang dianggap bermasalah dalam PRU13 perlu dibuktikan di mahkamah. 

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah meletakkan barisan peguam untuk mewakili (SPR) di mana-mana kawasan yang terlibat dalam petisyen PRU di seluruh negara. 

"Peguam-peguam dari Jabatan Peguam Negara sudahpun berjumpa dengan Pengarah-Pengarah SPR negeri dan Pegawai-Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang terbabit dengan permohonan petisyen," katanya. 
- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena