Thursday 25 July 2013

Polis akan siasat kes sebar gambar murid makan...Video Updated

Khamis, 25 Julai 2013
Gambar tunjuk murid makan di bilik air sekolah


kanak-kanak-somalia
Tindakan Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan - Datuk A Thaiveegan
Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan SK Seri Pristana.
somalia-tak-makan
Thaiveegan dalam satu laporan Utusan Online berkata, penyebaran gambar berkenaan “boleh menimbulkan isu provokatif dan perbalahan kaum”.
"Polis tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan kepada pihak yang menyebarkan maklumat berbaur hasutan di laman sosial berkenaan isu yang membabitkan sekolah berkenaan," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Gambar yang berlegar di Facebook itu dilaporkan mencetus kontroversi di kalangan pengguna Internet
Beberapa keping gambar di Facebook yang didakwa memaparkan murid bukan Muslim makan di kawasan bilik air di sebuah sekolah sewaktu bulan puasa mencetuskan kontroversi di kalangan pengguna Internet pada hari Selasa lalu.

Gambar itu dikesan dimuatkan oleh ibu bapa kepada pelajar sekolah terbabit, yang terletak berhampiran Sungai Buloh.
Ia menunjukkan pelajar duduk di meja makan yang terletak dalam kawasan bilik persalinan sekolah tersebut.
Timbalan menteri pendidikan II P Kamalanathan yang meninjau kawasan tersebut keesokan harinya bagaimanapun berkata, tindakan berkenaan tidak melibatkan soal agama atau kaum.

Kamalanathan yang berkata, ia hanya melibatkan lokasi kantin sementara tersebut, yang digunakan sejak Mac tahun ini.
Laporan awal mendakwa hanya pelajar bukan Islam dipaksa makan di kantin sementara tersebut pada bulan Ramadan.
Katanya, ia berlaku memandangkan kerja-kerja menaiktaraf kantin tersebut bermula antara seminggu hingga dua minggu lalu.
Kamalanathan juga berkata Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah tersebut juga maklum mengenai kantin sementara tersebut sejak Mac kerana ia dibincangkan dalam satu mesyuarat sebelum ia dilaksanakan.Mk.
*Gambar-gambar tertera sekadar hiasan.
Berita Lagi Panas!
Panas! Hotel hidang makanan anjing kepada pelajar!
SEJAK semalam, tersebarnya sepucuk surat aduan yang dihantar kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM berhubung dakwaan sebuah hotel di Kuala Lumpur yang menghidangkan makanan anjing kepada pelajar yang berkunjung di hotel berkenaan.

Surat tersebut yang dipercayai dihantar oleh salah seorang staff hotel tersebut mendedahkan bagaimana pihak hotel telah menghidangkan roti makanan anjing kepada para pelajar atas arahan pengurus besar Hotel berkenaan.

Sejumlah 390 pelajar daripada Jabatan Pelajaran Selangor yang menginap di The Plaza Hotel Kuala Lumpur, pada tarikh 14hb sehingga 17hb November 2011 itu telah menjadi mangsa tindakan jijik dan tidak bertanggung jawab pihak hotel tersebut.

Di bawah ini surat yang dimaksudkan.

Si pengadu yang bernama Haziah binti Zainal yang juga merupakan Pembantu Pengurus Sumber Manusia hotel tersebut difahamkan akhirnya telah meletakkan jawatan.

Apa yang lebih mengejutkan, aduan si pengadu yang akhirnya membawa kepada satu siasatan oleh pihak JAKIM, akhirnya mendedahkan bahawa roti yang dikatakan makanan anjing itu turut mengandungi babi.

Di bawah ini lampiran muka surat 3 surat perletakkan jawatan si pengadu.

Apa yang jelas, penyebaran surat ini telah berjaya membongkar satu rahsia yang selama ini cuba ditutup dan diselindungkan oleh pihak tertentu di dalam menyelamatkan nama baik hotel yang terlibat.

ReJaM© "Siapa yang jadi mangsa, sila saman pihak yang berkenaan! "
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/04/panas-hotel-hidang-makanan-anjing.html#ixzz2Zz8PpIIJ
Imbauan kisah Ramadan lepas..Mufti Saudi menangis teresak-esak semasa bersiaran secara langsung dalam program TV apabila diajukan soalan dari rakyat Somalia:
Soalannya berbunyi…..
“Adakah puasa saya diterima jika saya tidak bersahur dan berbuka puasa (Iftor)?”

Mufti berkenaan menangis kerana jiwanya tersentap dengan penderitaan yang dialami oleh rakyat Somalia sehinggakan tidak ada makanan untuk bersahur dan berbuka puasa.
Hati “mukmin” mana yang tidak tersentuh dengan soalan sedemikian.
Sedangkan kita bermewah-mewah dan berlazat-lazat dengan pelbagai juadah, di sana… nun di sana ada saudara kita umat islam yang menderita…

Ya Allah … ampunkan dosa kami dan kami memohon serta merayu kepadaMu berikanlah pertolongan Engkau kepada saudara-saudara kami di sana.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena