Tuesday 23 July 2013

'Underdog' tetap yakin kecewakan BN esok...

Selasa, 23 julai 2013
 Calon PAS Azlan Yusof mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi di Kuala Besut

Walaupun bermula sebagai underdog, Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefli Ahmad berkata parti itu yakin berada dalam "posisi untuk mengecewakan BN" dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut esok.

Dr Dzulkefli berkata berdasarkan kajian mereka, calon PAS Azlan Yusof mempunyai kelebihan kerana dikenali hampir 70 peratus daripada pengundi di Kuala Besut.

Data tersebut selari dengan dengan kajian yang dilakukan sebuah firma penyelidikan bebas Ilham Centre - yang menumpukan pengkhususan dalam bidang kajian lapangan.
NONE

Zulkefly (kiri) yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga berkata, agenda 16:16 yang menjadi tema kempen mereka berjaya "menekan, menggigit dan menggugat" BN pada minggu kedua berkempen.

"Dalam kajian yang kami lakukan dan maklumat rahsia daripada sebelah sana (BN), bahawa mereka takut, kalau-kalau kami dapat mampu mengurangkan majoriti mereka.

"Dengan berkat Ramadan dan kesungguhan calon dan jentera, tidak mustahil kemenangan mampu berpihak kepada kami.

"Jadi pada kami takrif menang itu adalah (bermaksud) mengurangkan majoriti 2,434 mereka.

"Tetapi sepertimana saya sebutkan, dengan keberkatan Ramadan, usaha, gigih, cekal dan sebagainya, kita berada dalam kedudukan untuk mengecewakan mereka dalam pilihan raya kecil ini" katanya.Mk.

Che Long mengundi 8 pagi di SK Kampung Baharu
BESUT: Calon PAS N.01 Kuala Besut Azlan@Endut Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu seawal jam 8.00 pagi esok.

Pengurus Kempen PRK Kuala Besut Hanapiah Mat berkata, untuk kempen pusingan akhir pada hari ini Che Long akan bertemu seberapa banyak pengundi di sini.

Katanya, sebaik Che Long membuang undi awal pagi esok beliau akan hadir di setiap unit peti undi iaitu lapan peti yang berakhir di unit peti undi Bukit Puteri.

Lapan peti undi itu termasuklah, Tok Saboh, Bukit Puteri, kampung Baharu, Pulau Perhentian, Kampung Nangka, Kampung Nail, Seberang Barat dan Sebarang Barat Luar.  

Selain bertemu mata, katanya Che Long turut mengajak kenalan untuk mengundinya esok hari melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), facebook dan menelefon.

"Kita mengharapkan keajaiban yang ada pada Che Long, sama ada orang tua atau muda ambil kesempatan undi Che Long,"katanya.

Hari ini juga Che Long akan ke  Pulau Perhentian buat kali ke dua dan akan tertumpu kepada pengundi-pengundi terpilih sahaja.

"Saya mewakili calon merayu seluruh penduduk Kuala Besut untuk memberi undi kepada Che Long yang rata-rata dikenali penduduk di sini," katanya dalam sidang media di Markaz Besar PAS PRK Kuala Besut hari ini.Hdaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena