Friday 26 July 2013

Syiah Mazhab Imammiah (Jaafariah) “Deklarasi itu telah diterima oleh Perdana Menteri & Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Abdullah Hassan, Ketua Syiah Kedah

Jumaat, 26 Julai 2013
3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional
PENDANG – Kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.

Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur antara 20-an hingga 50-an.
Pengikut Syiah terima keputusan kerajaan negeri
Bahagian dalam pusat Hussainiah Az-Zahra di Alor Berala Tobiar Pendang. Dalam bulatan: Batu Kabala yang digunakan untuk solat.
“Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.

“Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti pengajian dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang semalam.

Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali mengadakan majlis secara besar-besaran di situ.
“Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu siang bagi mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid, Akhlak, Sirah dan sebagainya mengikut fahaman Syiah.

“Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus untuk ahli-ahli Syiah sahaja,” katanya.

Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak menentang fahaman Syiah./~sinarharian
Pengikut Syiah terima keputusan kerajaan negeri

WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2013





PENDANG – Pengikut Syiah Kedah menerima secara terbuka keputusan kerajaan negeri untuk mewartakan fatwa anti fahaman itu.

Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, tindakan kerajaan negeri untuk mewartakan fatwa anti-Syiah boleh dilakukan jika itu dianggap sesuatu yang perlu untuk membendung penularan fahaman itu dalam masyarakat Islam negara ini yang majoritinya adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
“Tetapi kalau tindakan mewartakan fatwa anti Syiah itu bertujuan untuk menghapuskan ajaran Syiah, saya anggap itu tindakan anti nasional yang menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara.

“Bagi saya penularan ajaran Syiah bukan dilakukan oleh penganut Syiah tetapi pendedahan yang dibuat oleh beberapa pihak seperti para agamawan, ilmuwan yang menyampaikan ceramah mereka di setiap masjid dan surau mengutuk, menghina dan memaki Syiah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di  Pusat Hussainiah Az-Zahra (pusat pembelajaran fahaman Syiah) di Kampung Alor Berala, Tobiar, dekat sini, semalam.
Syiah: Tawaran menarik faktor pengaruhi pengikut
Nikah mutaah dan solat yang boleh dijamak sepanjang masa antara tawaran menarik ajaran Syiah
Abdullah berkata, Syiah yang diamalkan di negara ini khususnya di Kedah adalah Syiah Imammiah (Jaafariah) sebagaimana dalam deklarasi Syiah turut terkandung akuan bersumpah mentaati Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta mempertahankan kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Negara membenarkan kebebasan beragama.

“Deklarasi itu telah diterima oleh Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia. Pokok kepercayaan dalam Mazhab Imammiah ini adalah berdasarkan At-Tauhid, keadilan Ilahi, Kenabiah, Imamah (kepercayaan kepada Imam 12 selain daripada Rasulullah SAW,” katanya.SINAR HARIAN
Jakim nafi pengikut Syiah cecah 300,000
HASLINA KAMALUDIN
26 Julai 2013
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak dakwaan yang mengatakan pengikut Syiah di negara ini sudah mencapai angka 300,000 hingga sejuta orang.

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Seksyen dan Akidah) Jakim, Kamarul Saman Yaacub berkata, kenyataan itu lebih bersifat provokasi atau propaganda semata-mata.

“Angka itu tidak benar kerana Jakim sentiasa memantau pergerakan Syiah sejak awal pergerakan ini menular di negara ini, tetapi pergerakan ini tidak banyak seperti didakwa.
“Jakim turut turun padang menyampaikan penerangan kepada masyarakat mengenai bahaya Syiah,” katanya dalam satu sesi soal jawab bersama radio ikim.fm, semalam.

Kamarul menasihatkan individu yang curiga dengan usaha mana-mana pihak mendekatinya bagi menyebarkan ajaran Syiah supaya tampil kepada mana-mana pejabat agama untuk mendapatkan lebih penerangan.

“Syiah boleh menyesatkan, tampillah jika mendapati ada mana-mana pergerakan mencurigakan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan dakwaan ketua kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.SH
Pengikut Syiah semakin berani
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Julai 2013
NONE
Antara laman Facebook yang menyebarkan ajaran Syiah secara terang-terangan.
Antara laman Facebook yang menyebarkan ajaran Syiah secara terang-terangan.
SHAH ALAM – Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini.

Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Penyebaran apa-apa ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan, penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Walaupun penegasan itu telah dibuat dan terdapat beberapa negeri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram, tinjauan Sinar Harian mendapati terdapat banyak laman-laman web dan sosial mengenai ajaran itu disebarkan secara terang-terangan.

Beberapa laman sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan memburuk-burukkan mazhab lain.

Sebagai contoh, sebuah laman sosial yang menggelarkan diri mereka ‘I'm Proud To Be Syiah’ mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia.

Penubuhan laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman itu.
Ajaran Syiah dilarang disebar tetapi bebas diamal
NONE


Pengikut ajaran Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali menyebarkan fahaman tersebut kepada pengikut ahli Sunnah wal-Jamaah tetapi bebas untuk terus mengamalkannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, mereka dibenarkan berbuat demikian selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Negara yang memberi kebebasan hak beragama kepada rakyat negara ini.

"Kita tidak melarang pengikut ajaran ini untuk terus beramal, tetapi terdapat akta yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di negeri-negeri yang tidak membenarkan ajaran ini disebarkan kepada penganut ahli Sunnah wal-Jamaah yang sedia ada," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ismail mahu tahu sama ada Syiah adalah satu ajaran baru atau mazhab baru dan tindakan yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

Jamil Khir berkata, walaupun Syiah telah dikategorikan sebagai ajaran menyeleweng oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tetapi tidak semua ajaran fahaman itu yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah seperti yang diamalkan oleh umat Islam di negara ini.

"Oleh sebab itu mereka (pengikut Syiah) tidak boleh ditahan di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA)," katanya ketika menjawab soalan tambahan Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok) yang mahu tahu mengapa pengikut Syiah tidak ditahan di bawah ISA.

Menjawab soalan asal Ismail, Jamil Khir berkata, pelbagai usaha dilakukan kerajaan dalam membanteras fahaman Syiah daripada terus menular.

Ia termasuk menyebarkan fatwa yang sudah dibuat tentang larangan penyebaran fahaman tersebut, sesi penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah dan media massa, pemantauan dan mengawal bahan-bahan media yang cenderung dalam menyebarkan fahaman Syiah.

Selain itu, kerjasama antara agensi-agensi agama turut ditingkatkan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar peruntukan negeri-negeri yang mewartakan kesalahan penyebaran ajaran Syiah. 
- Bernama/Mac 9 2011

1 comments:

Syahid said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena