Monday 22 July 2013

Calon BN PRK Kuala Besut "Bukan Orang Kito Pun, CALON PAYUNG TERJUN" - Gerakan Anak Jati K/Besut...

Selasa, 23 Julai 2013
Kain Rentang Sindir Calon BN Dinaikkan Di Kuala Besut..
"Bukan Orang Kito Pun, CALON PAYUNG TERJUN"

Dua helai kain rentang ini dilaporkan telah dinaikkan didua lokasi strategik dalam kawasan DUN Kuala Besut beberapa hari yang lalu.

Ayat yang tertera padanya ialah "CALON KITO NI WEH, PANTANG TENGOK "DAHI LICIN" WEH, Bukan Orang Kito Pun, CALON PAYUNG TERJUN."

Pada kain rentang itu juga tertera logo Barisan Nasional dan juga UMNO dan telah diterbitkan oleh Gerakan Anak Jati Kuala Besut. 

Ianya dipercayai ditujukan kepada calon Putrajaya yang diterjunkan khas oleh UMNO/BN untuk bertanding dalam PRK DUN Kuala Besut.
Dipercayai juga ianya telah dinaikkan oleh penyokong-penyokong UMNO/BN sendiri yang tidak dapat menerima orang dari luar sebagai calon mereka. 
Mungkin mereka menafsirkan perletakkan calon payung terjun sebagai wakil mereka adalah satu penghinaan buat mereka semua kerana ianya menggambarkan seolah-olah dalam UMNO Kuala Besut sendiri tidak mempunyai seorangpun individu yang layak dijadikan pemimpin. 
Dalam lain ayat.. Ahli-ahli UMNO Kuala Besut itu bodoh-bodoh belaka... Dicatat oleh atsixty

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena