Saturday 20 July 2013

PBB bagi Hak Asasi Manusia Mendesak Mesir Tentang Penahanan Mursi...

Sabtu, 20 Julai 2013

Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Mendesak Mesir Tentang Penahanan Mursi
Photo: [Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia Mendesak Mesir Tentang Penahanan Mursi]

Pegawai tertinggi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meminta kerajaan sementara Mesir untuk menjelaskan mengapa pihak tentera menahan Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan beserta orang-orang kanannya dan samada pihak tentera merancang untuk membicarakan mereka, seorang jurucakap PBB berkata pada hari Jumaat.

Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay telah bertemu duta Mesir di Geneva sepuluh hari yang lalu dan mendesak maklumat berkenaan Mursi dan orang-orangnya, terutamanya asas guaman bagi penahanan mereka. 

Beliau telah meminta senarai penuh nama-nama mereka yang diarahkan untuk ditahan dan mereka yang sedang dalam tahanan, jurucakap Pillay Rupert Colville berkata dalam sidang akhbar di Geneva. 

Menurut beliau, pihak Mesir masih belum memberikan sebarang jawapan.

"Kami secara spesifiknya bertanya mengenai Mursi dan ahli pasukan kepimpinannya dan mengenai mereka yang ditahan. Malah jumlah mereka (yang ditahan) tidak kami ketahui pada masa ini," Colville berkata.

Pillay telah memaklumkan kerajaan baru Mesir bahawa beliau ingin menghantar satu pasukan ke Mesir bagi mengetahui lebih lanjut mengenai siasatan ke atas insiden-insiden tembakan dan cara siasatan tersebut dijalankan, ujar beliau lagi. 

"Kami menanti kelulusan daripada pihak berkuasa Mesir dan satu pasukan sudah pun bersedia untuk dikerahkan serta-merta sebaik sahaja kelulusan diterima," Colville berkata. Pasukan tersebut juga ingin menasihati kerajaan sementara Mesir berkenaan pembaharuan perlembagaan.

Gambar: Ketua Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay

Sumber : Reuters, Voice of America
#mesirkini

Cinta Rakyat Israel kepada As Sisi yang 'Mulia'

Photo: ‎[Cinta Rakyat Israel kepada As Sisi yang 'Mulia']

Akhbar 'Middle East Monitor' menyebut bahawa duta Israel telah menyatakan sekembalinya beliau dari Kaherah, "Sesungguhnya semua rakyat Israel memandang General Abdul Fattah As Sisi sebagai seorang hero nasional untuk semua orang yahudi.

Perkara ini disahkan lagi apabila beliau juga menyatakan demikian di dalam radio Israel bahawa As Sisi bukan seorang hero national bagi negara Mesir tetapi hero bagi seluruh kaum yahudi di Israel dan seluruh dunia.

Sumber : نبض رابعة
#mesirkini‎

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena