Wednesday 24 July 2013

PM umum bantuan RM500 kepada Penjawat Awam sebagai persiapan hari raya - Najib Terpaksa Ubah Terminologi...

Khamis, 25 Julai 2013
Penjawat Awam: Bantuan RM500 persiapan hari raya...


Sekadar Hiasan
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - SH
Rahsia kenapa Najib Ubah Ayat dari BONOS jadi BAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN
Najib Ubah Terminologi Tapi Maksud Masih Sama..
Orang kata.. sepertimana penggunaan ayat 'Pelarasan oleh Kerajaan' yang membawa maksud 'Kenaikkan harga', perkataan 'Bayaran Bantuan Khas Kewangan' telah digunakan bagi menggantikan perkataan 'Bonus'. Perkataan itu digunakan bagi mengelakkan dari Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menambah jumlah bonus yang diberikan kepada seramai 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilannya.
Sebelum ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengumumkan pembayaran bonus Hari Raya sebanyak sebulan gaji kepada kakitangan awam di negeri itu dengan peruntukkan RM30 juta untuk seluruh kakitangannya itu..
Kata Tan Sri Khalid ketika mengumumkan perkara itu “Sekiranya kerajaan Pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini,”

Oleh itu kerana malu untuk mengumumkan RM500 sebagai bonus untuk Kakitangan Kerajaan maka Najib mengumumkannya sebagai  'Bayaran Bantuan Khas Kewangan'..
Bersyukurlah wahai semua Kakitangan Kerajaan Pusat.. daripada tak ada lebih baik ada...Lagipun dulu Najib kata RM500 dari kerajaan ni cukup untuk belanja selama satu tahun... ~anak sungai derhaka
BR1M: Najib kata RM500 cukup makan setahun
KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dengan bangganya memaklumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 cukup untuk makan setahun.
(Gambar: BERSEPAH...buku ‘Janji Ditepati’ yang diedarkan oleh Najib dan Ahmad Said tidak dipedulikan para hadirin.)
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengira dengan bantuan BR1M sebanyak RM500 itu setiap isi keluarga akan memperolehi sejumlah RM41.60 sebulan.

Menurutnya, dengan RM41.60 itu telah cukup untuk membeli sekampit beras 10 kilogram, lima kilogram minyak masak, gula, tepung dan lain-lain.
 
“Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo, minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

“Maknanya, kalau kita hendak beli makanan untuk kita dan keluarga kita cukup untuk 12 bulan yang akan datang. Inilah kerajaan yang membela rakyat, kerajaan Barisan,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Program Jelajah Janji Ditepati Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Syahbandar, di sini hari ini.

Pada sebelah petang, sekumpulan lebih 300 orang mahasiswa berkumpul secara aman di jalan masuk ke Riyaz Herritage Pulau Duyong tempat pertemuan tertutup Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Kumpulan mahasiswa berkenaan berdemonstrasi bagi menyerahkan memorandum berkaitan dengan hak royalti negeri Terengganu kepada pemimpin tertinggi negara.HDaily.


Kakitangan awam Selangor dapat bonus sebulan gaji

(Oleh Masdar Wahid)
SHAH ALAM 24 JULAI: Kakitangan awam di Selangor mendapat bonus sebulan gaji sebagaimana dipersetujui Exco Kerajaan Negeri, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurutnya, Kerajaan Selangor memperuntuk RM30 juta untuk tujuan itu kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak serta sambilan dan bonus akan diberi selewat-lewatnya hujung bulan ini.
“Jika Kerajaan Persekutuan mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.
“Saya berharap bonus ini meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan raya.

“Kita juga berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus untuk simpanan dan kegunaan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya di sini yang turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim dan Exco Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena