Sunday 21 July 2013

Miss Malaysia World 2013: Peraturan Islam Cuma Terpakai dalam Pertandingan Ratu Cantik Sahaja ?

Ahad, 21 Julai 2013
Miss Malaysia World 2013
Peraturan Islam Cuma Terpakai dalam Pertandingan Ratu Cantik Sahaja ?
Penganjur menghormati pandangan mufti dan akur dengan peraturan yang ada dalam Islam , walaupun tidak bertulis dalam menjadi syarat utama penganjuran Ratu Cantik negara ini. Hal ini sudah lama berlarutan. kenapa ndan mengapa keadaan ini masih berlaku ? 

Adakah kita beria-ria melihat Ratu Cantik sahaja perlu berhukum kan dengan hukum Islam. Itulah antara sedutan cerdik pandai islam dalam kerajaan yang masih lagi mengansur dan ansurkan perundangan islam dimartabatkan dalam negara ini.

Beginilah asuhan minda Islam dan penganut yang sudah 56 tahun merdeka diasuh itulah islam sebenarnya bagi mereka. Dengan dapat 'menyekat' peserta muslim daripada menyertai pertandingan itu, maka Islam dikira sudah dijayakan oleh mereka./Posted by zbh2663 Muhajirin 

Peserta Miss World Malaysia 2013 berketurunan melayu duduki ranking 1, 2 dan 9 memang cunn!!!

Jika tiada halangan daripada Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, rakyat Malaysia pastinya akan mel;ihat salah seorang daripada gadis berketurunan melayu ini memperaga bikini di Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2013.

Setelah melihat gambar-grambar mereka barulah kita tahu bahawa mereka adalah melayu kacukan. Tetapi bukanlah kacukan mamak. Tiga orang daripada mereka memiliki wajah eurasian.

Tidak hairanlah ketiga-tiga gadis berwajah eurasian itu menduduki tangga 1, 2 dan 9. Kathrina Rizuan berada diranking pertama, Wafa Johanna De Korte ranking kedua dan Sara Amelia Bernard berada diranking ke sembilan.

Mujurlah Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim tersebut daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.






Miera Sheikh

Peserta Muslim digugur dari pertandingan ratu cantik...
Penganjur Miss Malaysia World 2013 Datuk Anna Lim menggugurkan empat gadis Muslim daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik itu selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Penganjur memutuskan menghilangkan kelayakan empat gadis itu, iaitu Kathrina Rizuan, Miera Sheikh, Wafa Johanna De Korte dan Sara Amelia Bernard bagi mematuhi arahan mufti berkenaan.

"Pertandingan ratu cantik itu akan berlangsung seperti biasa dan beliau (Anna) sangat bersemangat untuk menghidangkan persembahan terbaik kepada gadis bukan Islam," kata penganjur dalam kenyataan di laman rasminya.

Wan Zahidi semalam mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu haram dan berdosa , seperti diwartakan pada 8 Februari 1996 bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.

Beliau juga meminta pihak penguatkuasa melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu.

Pemilihan finalis pertandingan apda 2 Ogos depan itu sebelum ini dilapor dibuat dalam sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.

Jangan nak sensitif

Fuhh..
Memang lawa masing2.
Walaupun majlis fatwa kata no to muslim yang sertai ratu cantik tapi ia sekadar fatwa jek. Jangan nak sensitif sangat masing2 oke. Lagipun menurut penganjur selagi dorang tak pakai bikini kira oke ah tue.
Mohon jangan heret Jamil Khir dalam isu neh. Dah la dia tekun berpuasa tue.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/07
Mufti WP: Haram wanita Islam sertai pertandingan ratu cantik
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh mengulangi gesaan agar wanita Islam tidak menyertai pertandingan ratu cantik kerana perbuatan itu adalah haram dan berdosa.
    
Beliau berkata fatwa berhubung perkara itu telah diwartakan pada 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan 1993.
    
"Justeru itu pihak penguatkuasa diminta agar melaksanakan undang-undang sepertimana yang diwartakan itu," katanya dalam satu kenyataan.
    
Beliau mengulas berhubung laporan akhbar semalam bahawa empat gadis Islam adalah antara 20 peserta yang terpilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 pada 2 Ogos depan.
    
Pemilihan finalis dibuat dalam satu sesi temuduga tertutup pada 12 Julai lepas dan majlis memperkenalkan mereka diadakan baru-baru ini.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena