Sunday 21 July 2013

Hah Sudah! - Pengendali AES dikejar bank!

Isnin, 22 Julai 2013
Mereka berunding untuk kenakan rakyat dan pastinya Kementerian Pengangkutan dan JPJ akan menyokong!!
Nampaknya syarikat pengendali Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd dikejar bank-bank kerana  gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat masalah tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.

Menurut FMT, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Mereka tak boleh bayar pinjaman, mereka kini berusaha untuk mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan JPJ tentang masa depan projek itu.
Laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia, menunjukkan Beta Tegap sedang menanggung kerugian terkumpul sebanyak RM7.62 juta pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2012. Jumlah saham modal yang dikeluarkan Beta Tegap ialah sebanyak RM19 juta.  Empat pemegang saham – Tan Sri Nik Ismail Nik Mohamed, Yap Kim See@Yap Ai Lin, Rozana Redzuan dan Adreas Teoh. Rozana pemegang saham terbesar dan beliau adalah anak tokoh Umno dari negeri Johor.
Kedudukan kewangan ATES tidak diketahui kerana syarikat itu hanya menghantar akaun sehingga Mei tahun lalu. Pemegang sahamnya ialah pengarah syarikat Chee Chwee Cheong dan A.T.E.S. Sdn Bhd. Selain dari Chee, pengarah lain ATES ialah Lawrence Foong, yang merupakan bapa mertua Chee. Chee adalah pengasas syarikat perunding Etos Consulting dan rakan kongsinya adalah Omar Mustapha. Omar pula ada hubungan rapat dengan PM Najib Razak.
Mereka pandai membahagi kawasan mencari untung. Beta Tegap – Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu. Manakala  ATES – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Mereka berunding untuk kenakan rakyat dan pastinya Kementerian Pengangkutan dan JPJ akan menyokong!! EkELEH.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena