Sunday 28 July 2013

Shahidan Pulak Buat Kenyataan Mengguriskan SPR... Akui pilihanraya Kemboja (NEC) lebih baik!

Isnin, 29 Julai 2013
Shahidan akui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia?
Im Suosdey NEC's president brief media on election irregularities, 130727
Im Suosdey NEC's president brief media on election irregularities, 130727

Menteri JPM, Shahidan Kassim dijemput bersama 291 anggota delegasi antarabangsa Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia (ICAPP) dan Centris Asia Pacific Democrats International (CAPDI) untuk memantau pilihan raya Kemboja.

Shahidan dibawa melawat bebeberapa pusat pengundian di ibu negara Kemboja, Phnom Penh termasuk kawasan Parlimen Takmao yang ditandingi Perdana Menteri Hun Sen. Sebelum itu mereka diberi peluang memeriksa bahan pilihan raya termasuk dakwat kekal dan kertas undi.
Kata Shahidan seperti dilaporkan Bernama pilihanraya yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Raya Nasional Kemboja (NEC) teratur dan aman bagi mencerminkan integriti. Penipuan tak mungkin berlaku kata Shahidan.

Bekas timbalan perdana menteri Kanada Sheila Copps yang juga pemerhati berkata, setakat ini beliau berpuas hati dengan proses pilihan raya Kemboja.
Mungkin Shahidan mengakui pilihanraya Kemboja lebih baik dari Malaysia. Kerja NEC lebih teratur dari SPR Malaysia? Rasanya daripada cakap-cakap Shahidan, jawapannya ya!! Ini kerana pilihanraya Malaysia dipalit penipuan dan negara Kemboja berani menjemput sehingga 291 delegasi asing untuk memerhati pilihanraya mereka. Adakah Malaysia berbuat demikian? Rasanya tidak kerana SPR Malaysia bimbang penipuan mereka terbongkar.

Kalau tak takut, bukan kemacai yang dijemput menjadi pemerhati. Jemputlah bekas timbalan perdana menteri Kanada contohnya!!

Juga NEC Kemboja taklah seburuk NFC Malaysia kan!!
Oleh elleh pada 29 Jul, 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena