Saturday 27 July 2013

BN menang dengan politik sogok? - Video 10 senarai projek segera BN...

Ahad, 28 Julai 2013
10 senarai projek segera BN

PAS menerima keputusan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut dengan redha setelah berpuas hati dengan kerja jentera pilihan rayanya... 
(Dr Dzulkifly Ahmad melayani pertanyaan pihak media di Markaz Besar PRK Pilihan Raya PAS N1 Kuala Besut, di Kampung Baharu.)
BESUT: PAS menerima keputusan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N1 Kuala Besut dengan redha setelah berpuas hati dengan kerja jentera pilihan rayanya sepanjang tempoh 12 hari berkempen.

Ahli Jawatankuasa Induk PRK Kuala Besut, Dr Dzulkifly Ahmad berkata PAS berpuas hati dengan semangat kerja jentera parti meski pun berhadapan dengan pilihan raya sogokan.
“Apa pun, kami rasa berpuas hati dan kami redha dengan keputusan ini, meskipun pilihan raya yang disogokkan dengan begitu hebat sekali. Mereka mengharapkan majoriti 4,000 undi kami berjaya menggagalkan mereka,” ujarnya kepada Harakah, 24 Julai lalu.

Kuala Besut - Seawal minit pertama calon BN dah mula sogok duit beli pengundi

Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasa petisyen tu ditolak.

Bharian melaporkan: 
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini menyerahkan sijil bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.
Kira-kira 1,091 penduduk berumur di antara 21 dan 40 tahun dari pusat daerah mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang terletak dalam Kampung Baharu layak mendapat bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif kerajaan negeri. Tengku Zaihan diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan Abdullah Che Muda yang memperkenalkan calon berkenaan kepada orang ramai. - Bharian.   

Akta kesalahan Pilihanraya 1954 seksyen 10 tertulis:
10. Penyogokan
Orang yang berikut hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok:
(a) tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau meminjamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya; - Akta 5
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/
RM324 juta "janji segera" BN di Kuala Besut
BESUT: Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukan melalui janji sebanyak RM324 juta sepanjang sembilan hari berkempen.

Beliau tidak menolak jumlah itu akan terus meningkat sehingga saat-saat akhir menjelang  pengundian pada 24 Julai nanti yang melibatkan pemberian wang tunai.

"Dua hari lepas BN telah berbelanja melalui perjanjian projek di Kuala Besut ini sebanyak RM288 juta, namun sehingga hari ini iaitu sembilan hari berkempen sebanyak RM324 juta telah dijanjikan.HDaily

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena