Saturday 20 July 2013

Rafizi Ramli akan ditahan dan didakwa: Dakwat kekal - Rafizi ulang dakwaan di luar dewan....Video

Ahad, 21 Julai 2013
Rafizi ulang kenyataan di luar dewan


Dakwat kekal: Rafizi ulang dakwaan di luar dewan
Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR 17 Julai: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengulangi dakwaan bahawa pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal pada pilihan raya umum lalu.

Beliau mengulangi dakwaan tersebut dalam sidang media di lobi parlimen, selepas diminta  Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Terdahulu, Pandikar berkata, ahli SPR yang didakwa Rafizi pada Selasa lalu tidak dapat mempertahankan dirinya kerana ucapan itu dibuat di dalam dewan.

Ucapan ahli parlimen di luar Dewan Rakyat tidak dilindungi kekebalan dari tindakan undang-undang.

Dalam sidang media tersebut, Rafizi turut mempersoalkan apakah penilaian bagi memastikan syarikat yang diberi tander membekal dakwat kekal pada PRU lepas benar- benar layak.

Beliau mempersoalkan bagaimana syarikat yang rekod kewangannya tidak dikemaskini boleh diberi tender runding terus.

Rafizi berpendapat penganugerahan itu diberikan bukan kerana kemampuan syarikat tersebut membekalkan dakwat kekal namun hubungan baik pemiliknya dengan kepimpinan SPR.

“Mengapakah sebuah syarikat yang kali terakhir kemaskini rekod kewangannya hanya pada 2009 dianugerahkan tander pada tahun 2013, apakah syarikat itu benar-benar aktif?” Soal beliau.

Fakta hubung kait Nash Ventures Sdn Bhd dan Mohamed Salleh 
 Rafizi Ramli


Tidak mengejutkan bilamana ketiga-tiga syarikat ini mendaftarkan alamat perniagaan mereka pada alamat yang sama...
Menteri bertanggungjawab enggan dedahkan nama syarikat pembekal dakwat kekal di Parlimen tetapi mengesahkan syarikat lain iaitu Nash Ventures mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa PRU13.

Berdasarkan carian di SSM, selain menjadi pemegang saham dan pengarah kepada Intergrated Challenger, Mohamed Salleh adalah pemegang saham & pengarah kepada Allisons Sdn Bhd.

Perniagaan utama Allisons Sdn Bhd adalah membekalkan peralatan ketenteraan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri.

Turut menjadi pemegang saham & pengarah kepada Allisons Sdn Bhd adalah wanita bernama Shamsia Mansoor.

Shamsia juga merupakan pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd iaitu syarikat yang mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR secara rundingan terus.

Hubungan antara Mohamed Salleh dan Shamsia adalah berkemungkinan besar sebagai pasangan suami isteri kerana mereka tinggal di alamat rumah yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Tidak mengejutkan bilamana ketiga-tiga syarikat ini mendaftarkan alamat perniagaan mereka pada alamat yang sama.

Turut menjadi persoalan bagaimana syarikat berkenaan dipertimbangkan untuk pembekalan kepada SPR kerana syarikat itu tidak mengemaskini rekod kewangan dan kali terakhir difailkan kepada SSM ialah pada 2009.

Memandangkan kontrak diberi secara rundingan terus walaupun terdapat keraguan tentang kemampuan syarikat tersebut (yang telah terbukti gagal) makin menguatkan lagi dakwaan Mohamed Salleh mempunyai hubungan baik dengan kepimpinan SPR.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena