Thursday 25 July 2013

Rafizi Ramli ajar orang tua “siapa lebih anak jantan” & Tender Topi : Apa Yang SPR Cuba Sembunyikan ?

Khamis, 25 Julai 2013
Jawab 5 soalan ini, kata Rafizi Ramli kepada SPR...
Tender Topi : Apa Yang SPR Cuba Sembunyikan ? 
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli ajar orang tua sekali lagi tentang “siapa lebih anak jantan”. Rafizi berkata kenyataan di luar dewan yang telah dibuatnya  adalah mencukupi untuk SPR mengambil tindakan undang-undang.
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi  cuba menutup kegagalan mereka mengendalikan pilihanraya dengan mencabar “siapa lebih anak jantan” . Rafizi meminta mereka menjawab apa yang didakwanya bukan alih isu mencabar siapa lebih jantan. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap semua perkara yang dibangkitkan termasuk pembekal dakwat kekal.
SPR

“Apabila diselidiki, didapati bahawa kegagalan dakwat kekal itu berpunca dari kontrak pembekalan yang diberikan secara terus kepada individu tertentu yang turut membolot beberapa kontrak pembekalan lain,” jelas Rafizi lagi.
Petugas SPR PRU13... posing ngan peti undi topi & baju SPR
Rafizi mengemukakan 5 persoalan lagi yang menuntut jawapan konkrit dari kedua-dua mereka.

1. Kenapa syarikat-syarikat milik Mohamed Salleh Mohamed Alli dipilih secara rundingan terus untuk menjadi pembekal barang-barang pilihanraya SPR termasuk dakwat kekal?

2. Apakah penglibatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam urusan perolehan dan pembekalan bahan-bahan pilihanraya, terutamanya dakwat kekal yang menjadi penambahbaikan utama yang diwar-warkan oleh SPR dalam PRU13? Apakah benar kedua-dua mereka lepas tangan sepenuhnya dalam hal ehwal pembekalan sedangkan ia adalah aspek paling utama pelaksanaan dakwat kekal yang diwar-warkan mereka?

3. Apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak terlibat langsung di dalam sebarang perbincangan mengenai dakwat kekal, termasuk demonstrasi, kandungan kimia, kaedah pelaksanaan dan lain-lain?

4. Semasa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR menjawab pelbagai pertanyaan media mengenai dakwat kekal, apakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tidak berbincang langsung mengenai perkara ini dengan pegawai-pegawai lain? Mustahil Pengerusi dan Timbalan Pengerusi menjawab media tanpa pengetahuan dan maklumat awal mengenai pelaksanaan dakwat kekal termasuklah hal ehwal logistiknya seperti pembekalan dan lain-lain?

5. Kenapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR beriya-iya mahu melindungi dan menyembunyikan identiti pembekal dakwat kekal sedangkan pembekal ini telah merosakkan kredibiliti SPR di mata rakyat? – HarakahDaily
Tugas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR jawab perkara ini, kata Rafizi lagi. Bukan berlagak tunjuk jantan dengan cabar-mencabar.
elleh pada 25 Jul, 2013

Rafizi belum anak jantan kata SPR, walau dah dakwa di luar dewan
Rafizi_Ramli

Tunjukkan kejantananmu untuk dilihat SPR... 
Sebelum ini Ekeleh ada bercerita tentang, “Dasar anak jantan, Rafizi Ramli sahut cabaran speaker.” Rafizi sebelum ini dah mengulangi dakwaannya di luar dewan yang pembekal dakwat kekal mempunyai hubungan pengerusi dan timbalan pengerusi SPR.

Rupa-rupa belum cukup, belum lengkap, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz. Rafizi diberi tempoh seminggu untuk mengulangi dakwaan tersebut.

Kata Aziz, ketika dakwaan Rafizi di luar Dewan sebelum ini, beliau ulangi kenyataannya tapi tidak sebut nama dan jawatan kami dalam SPR. Ini adalah satu perbezaan besar kerana ketika berucap dalam Dewan Rakyat, beliau sebutkan nama penuh dan jawatan kami sebagai pengerusi dan timbalan SPR.

“Di luar Dewan beliau tiada imuniti, jadi beliau tidak sebut nama kami…hanya merujuk sebagai kepimpinan tertinggi SPR.

“Kalau beliau bertanggungjawab dan betul-betul anak jantan, sila ulang kenyataannya supaya kami boleh berbincang dengan peguam untuk tindakan susulan,” kata Aziz pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut di sini, Rabu.

Apa lagi Rafizi, tunjukkan kejantananmu untuk dilihat SPR sekali lagi.
 elleh pada 24 Jul, 2013
 Pembekal topi & dakwat SPR suami isteri?
(Oleh Aisha Geoffrey)
PETALING JAYA 23 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli hari ini mendedahkan hubung kait antara tiga syarikat penerima kontrak secara rundingan terus untuk membekalkan topi SPR dengan pembekal dakwat tidak kekal, Mohamed Salleh Mohamed Alli.

Menurut Rafizi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan Parlimen pada 17 Julai lalu menyenaraikan tiga syarikat iaitu Nash Ventures Sdn Bhd, Ayumi Resources Sdn Bhd dan Bumi Textiles Sdn Bhd.
“Ketiga-tiga syarikat tersebut menerima penganugerahan kontrak secara terus untuk membekalkan topi oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya),” kata Rafizi dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN.
“Melalui semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), syarikat tersebut mempunyai hubung kait secara langsung dengan Mohamed Salleh iaitu individu yang menerima kontrak pembekalan dakwat kekal,” jelasnya.
Petugas SPR PRU13
Tambahmya ketiga-tiga syarikat tersebut mendapat kontrak pembekalan melalui pengarah syarikat, Shamsia Mansoor atau Norsiah Yusoff yang mempunyai hubungan langsung dengan Salleh.
“Shamsia didaftarkan sebagai mempunyai alamat rumah yang sama dengan Salleh, lahir pada tahun yang sama, dan saya dimaklumkan mereka adalah suami isteri.
” Norsiah pula pekerja kepada Salleh,” dedahnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=54474

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena