Wednesday 24 July 2013

N01 Kuala Besut: Keputusan Rasmi BN Menang Majoriti 2,592 undi, Taniah!..Mintak maaf laa awe weehh…‘nok wat make loo’

Rabu, 24 Julai 2013
“Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…”

Warga Kuala Besut, nantikan limpahan pembangunan
 Dr Azman Ibrahim
Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut.

Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat.

“Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing..”

“Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…”

“kawe ni ore susah, mmikir setakat nak makan anok beranok loo jah! Sapo hok buleh wi pitih, hok tu kawe undi..”

“Mintak maaf laa awe weehh… anok-anok ambo sekoloh ramai lagi, kan keno tarik bantuan, dok berasap laa dapur ambo…”

Apa yang cuba saya nukilkan di atas adalah sedikit gambaran cara berfikir warga Kuala Besut. Ternyata slogan ‘16:16 Terengganu Baru’ sedikit pun tak berbekas di hati pengundi yang digambarkan hasilnya dengan peningkatan majoriti kemenangan BN.

Ternyata orang Kuala Besut bukanlah idealis dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu walaupun apa yang kita bawa adalah isu setempat yang mampu dipandang dan ‘dikelih’ oleh mata kasar.

Mereka lebih memikirkan survival hidup hari ini, esok dan seterusnya… ‘nok wat make loo’ ikut istilah orang Besut. Mungkinkah idea-idea yang kita sepanjang kempen bawa tak mampu dihadam dengan baik oleh mereka?

Seorang teman seperjuangan menitipkan mesej, “bersabarlah wahai para pejuang. Kita bukan berlawan dengan Umno/BN, tetapi kita berhadapan dengan gerombolan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan segala macam machinery, money and media. ‘Habih tea’ ikut istilah orang Besut.

Saya mengakui kebenaran kata-kata sahabat ini. Apakah kemenangan dengan cara ini bermaruah? Aaah! Persetankan istilah maruah dan integriti. Dengan wang dan kuasa, segalanya mungkin.

Nyata dengan janji pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata, orang Kuala Besut akan memahat sejarah mencipta tamadun! Muara Sungai Besut akan bertukar menjadi gerbang pelancongan antarabangsa dengan peruntukan RM250 juta.

Empangan baru Pengkalan Nangka RM35 juta. Sekolah Menengah Alor Peroi, rumah pangsa mampu milik Tok Saboh serta pelbagai lagi projek pembangunan.

Diharap selepas ini Lebuhraya Pantai Timur akan disambungkan terus ke Kuala Besut. Peruntukan hampir RM400 juta untuk sebuah Dun sekecil Kuala Besut dengan hanya lebih 17 ribu pengundi adalah suatu limpahan yang hebat.

Tahniah sekali lagi warga Kuala Besut. Diharap tempiasnya akan mengalir sedikit sebanyak ke Jabi dan tentunya warga Pasir Puteh yang bersepadan juga berminat untuk tumpang sekaki.

Seorang teman di Besut sempat melahirkan ‘kebimbangannya’ “Lagu tu punyo janji, ambo bimbe kawasan lain pun turut buat semayang hajat, mintok tok wokil dia mati awal…” saya hanya mampu tersenyum. Selamat menempuh baki 15 hari lagi dari bulan Ramadhan al Mubarak.Batuvskayu.

Suasana harmoni, perayu pamer sikap profesional
(Perayu undi dari Muslimat PAS dan wanita Umno hanya berdiri sebelah menyebelah)
BESUT: Puasa dengan cuaca panas terik tidak menghalang pengundi keluar membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.01 Kuala Besut.

Jentera PAS dan BN turut meneruskan tugas merayu undi pada saat akhir dengan berdiri di sepanjang jalan berhampiran pusat-pusat mengundi.

Tinjauan Harakahdaily di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri kira-kira jam 10 pagi mendapati warga emas dan golongan pertengahan mendominasi pusat pengundian.

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan sibuk membawa warga emas dari pintu masuk sekolah ke pusat pembuang undi menggunakan kerusi roda.

Suasana di luar sekolah pula terkawal walaupun perayu undi kedua-dua parti sibuk menarik perhatian orang ramai dengan pelbagai cara.

Apa yang menarik kali ini, jentera kedua-dua parti tidak ada masalah berdiri dalam jarak yang dekat.
Malah ada muslimat PAS meminta Puteri Umno merakamkan gambar mereka dan sebaliknya juga berlaku.

Pendek kata, suasana harmoni dengan kedua-dua parti mempromosikan calon masing-masing.
Polis trafik mengawal keadaan lalu-lintas afar tidak berlaku kesesakan.

Unit Peti Undi (UPU) Bukit Puteri merupakan antara peti undi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan sebelum ini.

Bagaimanapun, keadaan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu iaitu tempat calon PAS membuang undi agak riuh dengan perang mulut kedua-dua jentera parti yang berdiri di bahu jalan.
(Warga Tionghua turut merayu undi memegang poster calon PAS, Che Long)
(Muslimat PAS berdiri sepanjang jalan merayu undi untuk Che Long)
HDaily.
Analisis Keputusan PRK N1 Kuala Besut
 
Duit dibayar kepada pengundi dibuat secara terang-terangan tanpa SPR mengambil tindakan menyiasat...
Aper pon... dari aper yang gua dimaklumkan.... ader beberapa perkara yang jelas kelihatan pada PRK N1 Kuala Besut yang mungkin akan menjadi penanda aras bagi mana-mana kempen Pilihanraya Kecil (PRK) selepas ini....
Tawaran pembangunan dan infrastruktur bagi penduduk dan pengundi di Kuala Besut adalah hampir RM500 juta
Beberapa projek "mee segera" berjaya dilaksanakan termasuklah pembinaan rumah baru bagi mangsa kebakaran yang mana ianya disiapkan dibawah kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Sumbangan wang ringgit dan harta benda mencurah macam air jatuh ke tanah
PAS yang selama ini diwarwarkan menolak rasuah telah dilihat melakukan satu bentuk rasuah (isi minyak petrol) kepada bakal para pengundi di Kuala Besut
Penggunaan sepenuhnya agensi kerajaan oleh parti yang memerintah adalah pada skala yang amat menakutkan.
SPR seperti biasa berat sebelah dalam urusan pentadbiran pilihanraya dan pengundian
Calon BN yang melakukan satu kesalahan serius dibawah Akta Pilihanraya sekadar dipandang sebelah mata oleh SPR
Pegawai dan kakitangan SPR (mungkin ada yang menyamar) dilihat menggunakan kenderaan biasa (bukannya berlogo SPR) dan bercermin gelap keluar masuk didalam pusat pengundian
Duit dibayar kepada pengundi dibuat secara terang-terangan tanpa SPR mengambil tindakan menyiasat.
Penggunaan anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK yang agak ketara.
Aper pon.... seperti mana yang semua sedia maklum.... Inilah penanda aras bagi PRK lain yang akan datang... dan pastinya pada masa akan datang... kesalahan dan salahlaku terhadap Akta Pilihanraya akan menjadi lebih kronik...

SPR perlu berubah dan SPRM perlu jugak berubah.... jika kita mahu Pilihanraya yang telus, bebas dan adil.

Tahniah diucapkan kepada calon BN yang telah memenangi kerusi N1 Kuala Besut dalam Pilihanraya kecil yang baru sahaja selesai. Cuma satu sahaja yang pelik pada pandangan gua.... Dimana dier calon PAS ... kenapa dier tak hadir ke meja pengurusan SPR semasa dipanggil oleh Pengurus Pilihanraya Kecil.... Ader sesiapa boleh bagitau???
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com

Hampir 80 peratus keluar mengundi

Selepas 12 hari masa berkempen, hari ini pemilih di Kuala Besut akan menentukan, antara dua 'anak kampung' BN dan PAS, siapakah yang akan menjadi pilihan mereka untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.

Nasib calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, seorang jurutera dan calon PAS, ahli perniagaan, hari ini akan ditentukan oleh 17,713 pemilih di kawasan berjiran dengan negeri Kelantan itu.Mk.
NONE
Najib: Kemenangan BN di Kuala Besut bukti Umno masih menyerlah
tg zaihan menang
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan Umno masih menyerlah.

Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

"Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.
Read more at: http://www.astroawani.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena