Monday 29 July 2013

Pemuda PAS Perak diperkenan berbuka di Istana Iskandariah

Isnin, 29 Julai 2013
Ini adalah satu petanda positif kepada PAS yang semakin diterima, disenangi dan dihormati oleh semua pihak...
(Pemuda PAS Bergambar dengan Raja Puan Besar)
KUALA KANGSAR: Pemuda PAS Perak memenuhi jemputan daripada Pejabat Sultan Perak untuk hadir ke Majlis Santapan Berbuka di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bersama Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim kelmarin.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh badan- badan bukan kerajaan, sektor korporat, warga media dan para jemputan khas.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir bersama isteri   dan para pimpinan kerajaan negeri.
(Tiga dari wakil Pemuda PAS Perak yang diketuai Raja Iskandar)
Rombongan Pemuda PAS Perak diketuai oleh Timbalan Ketua, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan turut disertai oleh Setiausaha Pemuda, Salman Saleh, Penolong Setiausaha, Safarizal Saleh, Bendahari, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar, dan barisan Exco, Awis Qarni, Ustaz Isran Fahmi, Zamri Ibrahim serta Ketua Pemuda PAS Tapah, Ustaz Shamsul Anuar.

Pemuda PAS ternyata menjadi perhatian ramai apabila seragam berpakaian berbaju putih dan bersampin serta berbutang berlambang PAS.
Raja Iskandar ketika ditemui wartawan Harakahdaily yang turut diperkenan ke majlis itu berkata, Pemuda PAS melahirkan rasa sukacita dengan jemputan yang diterima itu.

Katanya, setiap tahun sejak 4 tahun lalu, Pemuda PAS telah dijemput bersama-sama ke majlis tersebut dan pihaknya tidak melepaskan peluang untuk memenuhi jemputan itu.

Dalam majlis itu, beliau yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia menjelaskan, Pemuda PAS dapat bermesra dan menjalinkan hubungan baik dengan para jemputan.
"Kami dilayan dan dipandang hormat oleh para jemputan yang lain dan ini adalah satu petanda positif kepada PAS yang semakin diterima, disenangi dan dihormati oleh semua pihak," jelasnya.

Majlis yang dihadiri hampir 100 orang tersebut bermula dengan majlis berbuka dan berakhir dengan minum malam selepas selesai Solat Tarawikh.
Setelah usai program, Pemuda PAS berkesempatan berbual dan bergambar bersama Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim.HDaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena