Monday 22 July 2013

PAS: BN tak lagi yakin menang K Besut & Datuk calon BN pengasas PAS di Kuala Besut serta sepupunya pernah bertanding atas tiket PAS...

Selasa, 23 Julai 2013

Photo




BN di peringkat terakhir tempoh kempennya ini malah semakin terdesak dan terpaksa menumpukan pada sokongan pengundi luar
Photo: Buletin Kuala Besut Siri 6 (m/s1)

PAS mendakwa BN kini tidak lagi yakin untuk menang dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut walaupun pemimpin parti tersebut sebelum ini meramalkan akan berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti sehingga 4,000 undi.
Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk PAS Satiful Bahri Mamat dalam sidang medianya hari ini berkata, BN di peringkat terakhir tempoh kempennya ini malah semakin terdesak dan terpaksa menumpukan pada sokongan pengundi luar.

Beliau mengandaikan demikian berdasarkan kenyataan Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN DUN Kuala Besut Datuk Seri Idris Jusoh bahawa parti itu sedang berusaha membawa pengundi luar yang berdaftar pulang untuk mengundi pada 24 Julai ini.
Photo
"Kenyataan ini memberi satu gambaran pelik kerana sebelum ini minta PAS jangan bertanding dan mereka boleh menang 4,000 undi.

"(Kali ini) BN terdesak untuk menang di kawasan Kuala Besut... (Mereka) menagih simpati dan BN berdepan serangan daripada Pakatan Rakyat," kata Satiful Bahri dalam sidang medianya hari ini.

Idris dalam kenyataan yang laporan akhbar Berita Harian hari ini menyebut, BN kini memberi tumpuan untuk membawa pengundi luar pulang ke Kuala Besut.

Dalam laporan itu, Idris juga berkata kempen BN juga berjalan dengan cukup tersusun dan calon parti itu pula berjaya memasuki semua kawasan mengundi dan menemui hampir setiap pengundi.
Photo
Mengulas mengenai usaha pihak lawan tersebut, Satiful Bahri berkata usaha PAS untuk membawa pengundi luar itu terbatas dengan sumber yang terhad.

Bagaimanapun, mereka akan menghubungi pengundi terlibat dan mengharapkan kerjasama media untuk membuat hebahan kegiatan kempen PAS, katanya.

Katanya, PAS juga bimbang jika ramai pengundi tidak dapat keluar mengundi kerana hari membuang undi 24 Julai jatuh pada hari bekerja.Mk.
Photo
Datuk calon BN pengasas PAS di Kuala Besut
BESUT: Ayah calon BN, Ku Abdul Rahman Ku Abdullah mungkin menyembunyikan sesuatu apabila mendakwa kira-kira 3,000 keluarganya merupakan penyokong kuat Umno sejak dahulu lagi.

Sedangkan menurut warga emas di Kuala Besut, Ku Abdullah merupakan antara pengasas PAS.

Omar Sulong, 80 (gambar) dari Gertak Seratus turut memberitahu seorang sepupu Tengku Zaihan pernah bertanding atas tiket  PAS pada pilihan raya sebelum ini, namun kalah.
Photo: isteri calon, Cik Zabiah Mohammad dekati ibu muda.
“Memang Ku Dollah kuat PAS. Pada musim pilihan raya dia akan membuka pos PAS di hadapan rumahnya. Dia orang kuat PAS sehingga akhir hayatnya,” katanya ketika ditemui di sini.

Malah menurutnya adik beradik Ku Dollah juga merupakan pendokong kuat PAS di Kuala Besut sehingga awal 1990-an. 

Bagaimanapun beliau yang lebih dikenali sebagai Pakcik Omar berkata, situasi bertukar selepas Ku Dollah meninggal dunia dan Ku Abdul Rahman pula mulai berjinak dengan Umno.
“Pakcik memang kenal rapat dengan keluarga calon BN. Ku Abdul Rahman pernah memberitahu belajar seketika di Pondok Bunut Payong dan sekolah agama di Kuala Besut.

“Dan selepas tamat belajar dia  mengajar di sekolah agama rakyat di Kuala Besut. Selepas beberapa tahun mengajar di situ tiba-tiba berpindah ke Kemaman kerana khabarnya ada masalah tertentu.

“Lama keluarga dia tinggal di Kemaman. Dan anaknya yang jadi calon BN sekarang juga membesar di sana, sebab itulah orang ramai di sini tidak kenal siapa Tengku Zaihan,” ujarnya.
Sebelum ini Ku Abdul Rahman pernah memberitahu mempunyai  keluarga yang ramai di Kuala Besut sebagai kelebihan yang ada pada anaknya berbanding calon PAS.

Bagaimanapun Yang Dipertua PAS  Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa sebahagian keluarga Ku Abdul Rahman memberi komitmen menyokong PAS pada Rabu ini.

Pakcik Omar juga memberitahu ketika Ku Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Man pulang semula ke Kuala Besut, dia ada datang untuk menyewa rumahnya.

Katanya, dia memberitahu hendak menyewa rumah pakcik kerana ditawarkan menjadi imam di Surau Kuala Besar.
“Pakcik minta notis tidak menjawab lagi sama ada setuju atau tidak. Kemudian pakcik menanyakan betulkah ada ditawar jawatan imam kepada Ustaz Man, namun  pihak surau menafikan tiada tawaran dibuat,” katanya.

Selepas itu kata beliau Ustaz Man menumpang di taman perumahan di Kampung Gertak Seratus dan tinggal di sana sehingga sekarang.   

Manakala penduduk di perumahan Gertak Seratus pula memberitahu ketika Ustaz Man mengajar di madrasah di kampung berkenaan, tidak ramai penduduk kampung yang datang.
“Sedangkan ketika ustaz lain mengajar, ramai pula ahli jemaah datang mendengar kuliahnya,” ujar beliau.

Kata pakcik Omar juga, Tengku Zaihan dilihat terpaksa menggunakan kedudukan ayahnya untuk meraih populariti, namun bagi warga emas di sini, sudah tahu siapa Ustaz Man sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena