Sunday 28 July 2013

KRISIS BEKALAN DIESEL MALAYSIA : Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat...

Isnin, 29 Julai 2013

Kenyataan Media
26 April 2013 | 10.15pm

KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN

Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.

Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.

SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.
Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respon terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?

Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?

Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.

Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

**Kenyataan ini ditulis jam 10.10mlm ketika tersadai di stesen shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori
Read more: http://milosuam.blogspot.com/2013/07

Bekalan Minyak Diesel Habis Di Sabah
Posted on 26/07/2013 by Mustaffa Yasin
Masalah Minyak Diesel Di Sabah Bekalan Minyak Diesel Habis Di Sabah
Sekadar gambar hiasan – Stesen Minyak Shell, Tuaran 
Semalam saya pergi ke Sipitang atas urusan kerja. Memandangkan minyak di kenderaan Isuzu D-Max yang saya guna masih ada 1 bar  minyak, jadi saya tidak mengisi minyak di Kota Kinabalu memandangkan barisan kenderaan yang panjang dan saya juga agak lewat ke Sipitang.

Perjalanan saya teruskan melalui jalan Pekan Papar. Sepanjang jalan, saya agak hairan melihat beberapa stesen minyak penuh dengan kenderaan, manakala ada stesen minyak yang kosong sahaja tiada kenderaan. Saya mula tertanya-tanya pada diri sendiri.
Saya singgah di stesen minyak di Sabindo, keadaan stesen minyak seperti biasa namun tiada kenderaan pacuan empat roda mahupun kenderaan berat yang lain. Dari jauh saya sudah ternampak notis, “DIESEL HABIS” yang digantung di nozel pam minyak.

Barulah saya tahu, ada masalah bekalan minyak diesel rupanya sekarang. Patutlah rakan-rakan ada yang merungut di Facebook menyatakan minyak diesel habis.

Saya singgah di beberapa stesen minyak lain dan ianya menghampakan. Pilihan terakhir, minyak kenderaan cuma tinggal sikit dan untuk patah balik ke Kota Kinabalu, masih lagi cukup. Saya membuat keputusan untuk singgah di stesen minyak di Beaufort. Jika tiada minyak, terpaksa saya membatalkan rancangan perjalanan ke Sipitang.

Dari empat buat stesen minyak di Beaufort, cuma satu sahaja stesen minyak yang ada bekalan minyak diesel. Malangnya, saya dihadkan mengisi RM30.00 sahaja. Apa boleh buat, isi sahajalah daripada kereta habis minyak. Saya membuat congakkan kasar, minyak tersebut cukup untuk ke Sipitang dan balik semula ke Kota Kinabalu.

Bila ditanya kepada pembantu pam stesen minyak, bekalan habis kerana kuota sudah habis untuk bulan ini. Stok bekalan minyak pula beberapa hari lagi akan sampai. Memang tidak logik jawapan yang diberikan. Jika minyak tiada, maka terjejaslah kehidupan seharian.

Teringat masa berada di Mukah beberapa tahun lepas, stok minyak diesel habis semasa penamaan calon .

- See more at: http://my.mustaffa.org/minyak-diesel-habis#sthash.85OqqVUN.dpuf
Gambar Asal UFO di Tuaran, Kota Kinabalu 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena