Monday 29 July 2013

MP Pandan dakwa Sanjeevan mahu dedah memo polis...

Isnin, 29 Julai 2013
“Sanjeevan berkata beliau memperolehi satu memo dalaman polis, yang menyenaraikan pengawai polis yang dikenakan siasatan dalam atas (dakwaan) terlibat dalam sindiket dadah”- Rafizi Ramli
Photo: Portal (website) Parlimen Pandan sedang dibangunkan.

Insyallah interaktif dan memudahkan komunikasi hal rakyat & parlimen.

Share & like page Rafizi Ramli

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa aktivis anti-jenayah R Sri Sanjeevan yang cedera parah akibat ditembak pada Sabtu lalu merancang untuk mendedahkan satu memo didakwa mengaitkan anggota polis dengan sindiket dadah.

Rafizi mendakwa: “Sanjeevan berkata beliau memperolehi satu memo dalaman polis, yang menyenaraikan pengawai polis yang dikenakan siasatan dalam atas (dakwaan) terlibat dalam sindiket dadah”.

Rafizi dalam satu sidang media hari ini mengulas mengenai pertemuannya selama 20 minit dengan Sanjeevan sehari sebelum kejadian tembakan itu.

Rafizi berkata, pengerusi MyWatch itu memberitahunya bahawa kesalahan berkenaan sangat serius dan membawa hukuman berat sekiranya disabit kesalahan.

Bagaimanapun, Sanjeevan tidak mendedahkan nama pegawak polis terlibat, kata Rafizi.

Katanya, malang sekali Sanjeevan tidak menyatakan nama berkenaan kepadanya. Mk.

Rafizi dedah butir pertemuan dengan Sanjeevan
Photo: Sdr Anthony Loke (MP Seremban), Sdr Adib (Sekretariat) dan saya dituduh atas kesalahan menganjurkan perhimpunan #pdgmerbok622 dan kami minta dibicarakan.

Pertuduhan ini bersifat politik. Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM10,000 mengikut Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman itu, seterusnya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Share & like page Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan pertemuannya dengan Pengerusi MyWatch, R. Sri Sanjeevan pada Jumaat lalu mengenai senarai kesalahan berkaitan dadah yang mahu didedahkan.

Menerusi akaun Twitter @RafiziRamli sebentar tadi, ahli parlimen itu menjelaskan yang beliau akan meneliti senarai tersebut dalam sedikit masa lagi.

Terkejut dengan kejadian tembakan yang melibatkan Sanjeevan, Rafizi berkata Sanjeevan berada di landasan yang betul dan maklumat yang dimilikinya adalah sahih.


Rafizi Ramli @rafiziramli
I met @SanjeevanSS on Friday night. He talked abt a list of drug related offences, wanted me to expose. I said will look at it later
11:55 AM - 28 Jul 2013



Rafizi Ramli @rafiziramli
I am extremely shocked to find out he was shot. @SanjeevanSS was on the right trail of something and information he has is genuine
11:56 AM - 28 Jul 2013
54 RETWEETS  3 FAVORITES Reply


Rafizi Ramli @rafiziramli
@SanjeevanSS wanted my help to expose cops with links to drug syndicates. Whether his shooting is related, I dont know
12:04 PM - 28 Jul 2013

Pengerusi badan bukan kerajaan (NGO) MyWatch, R Sri Sanjeevan ditembak lewat petang semalam oleh dua lelaki yang tidak dikenali di Bahau, Negeri Sembilan.

Dia kini berada di Hospital Besar Tuanku Jaafar Seremban dan berada dalam keadaan stabil.

Berita mula diterbitkan pada: Julai 28, 2013 13:20 (MYT)


Read more at: http://www.astroawani.com


IGP: Jangan terus tuduh polis terlibat kes tembakan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta agar pasukannya tidak dipersalahkan susulan kes cubaan membunuh ke atas pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan.
“Janganlah terus menuduh polis terlibat dalam kes tembakan presiden MyWatch.

“Seperti yang saya kata, kami akan siasatan perkara itu dari semua sudut,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman pagi ini.

Katanya, anggota pasukannya tidak akan terlepas dari tindakan sekiranya mereka benar-benar terlibat dalam kes tersebut.

“Kami tidak pernah melindungi sesiapa yang telah melakukan jenayah,” katanya lagi.

Hanya beberapa jam sebelum ditembak pada hari Sabtu lalu, Sanjeevan menulis di Twitter bahawa seorang anggota polis telah mengancam untuk memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya.

Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di satu persimpangan jalan di Bahau.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena